// Coffee Donut!


Hello! Welcome. part of RDH & T4A.. hamba Allah yang bernama Syuhada a.k.a SINOSYU.nama pendeknya, chuu.. mata pena menjadi saksi perjuanganku. andai diri ini tiada lagi, biarkan sekelumit bingkisan ini menjadi tatapan buat perindu syahid sejati..


► شهداء
► My quotes
► اصدقاء
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
Owner : Sinosyu

Klik sini, banyak entry menanti | kembali ke entry sebelumnya
Dan kepada siapa harusku gantungkan harapan ini????
17 Jan 2014 | 17.1.14 | 0 Sweet Cupcake
Assalamualaikum,




     Seorang senior bertanyakan juniornya yang memang terkenal dengan perangainya.

"Adik, kenapa adik terror dalam hafazan Al Quran sedangkan ramai orang yang asyik kutuk adik?"

"Mereka yang selalu kutuk, hina, dan maki hamun adiklah yang mendorong adik untuk selalu mendekati Allah. Buktinya, Allah beri anugerah kepada adik iaitu cekap dalam menghafaz kalam suciNya."Jawab junior itu dengan penuh keyakinan dalam dirinya.

     Tersentak senior itu mendengar jawapan yang hebat daripada juniornya. Selama ini, dia menyangka bahawa juniornya itu tergelincir dari landasan yang lurus tetapi ternyata dia silap. Memang benar juniornya itu tidak menjaga muamalat antara pelajar lelaki.. Juniornya itu selalu sahaja mencari masalah dengan pelajar lelaki. Dia sering menghantar pesanan kepada pelajar lelaki yang dia minati melalui facebook, telefon dan sebagainya. Sehinggakan pelajar lelaki tersebut muak dan menyampah melihatnya.

      Junior ini bukanlah seorang yang rupawan. Hal ini menyebabkan pelajar lain mengutuknya. Kononnya, junior ini perasan cantik dan meminati ramai lelaki. Memang ini merupakan kelemahan dia dan dia bangkit untuk terus maju melangkah. Dia sedar yang semua orang membenciinya dan dia ingin berubah. Masanya bersendirian terlalu banyak kerana semua orang mula memulaukannya. Kesedihannya tidak mampu terubat lagi lalu mengambil jalan penyelesaian dengan mengadu kepada Allah.Ketahuilah, Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

    Keadaan inilah yang membangkitkan semangatnya untuk terus mara menjadi Hafizah yang berjaya.Cerita ini bukan rekaan semata-mata. Wataknya sengaja dirahsiakan. Konklusinya, jadikanlah setiap celaan dan cacian sebagai pembakar semangat..

     Antara kata -kata semngatnya:

"JADIKAN ALLAH SEBAGAI KEKASIHMU
JADIKAN ZIKIR SEBAGAI LAGUMU
JADIKAN ALQURAN SEBAGAI SURAT CINTAMU
DAN INGAT, JADIKAN MATI SEBAGAI DATE PERTAMA DENGAN KEKASIHMU.."

     Sekian, sampai ketemu lagi.