// Coffee Donut!


Hello! Welcome. part of RDH & T4A.. hamba Allah yang bernama Syuhada a.k.a SINOSYU.nama pendeknya, chuu.. mata pena menjadi saksi perjuanganku. andai diri ini tiada lagi, biarkan sekelumit bingkisan ini menjadi tatapan buat perindu syahid sejati..


► شهداء
► My quotes
► اصدقاء
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
Owner : Sinosyu

Klik sini, banyak entry menanti | kembali ke entry sebelumnya
cerpen : mujahid syahid fi sabilillah
28 Nov 2014 | 28.11.14 | 0 Sweet Cupcake

Mujahid Syahid Fi Sabilillah

Karya : Siti Noor Syuhada Mohd Noor [sinosyu]

* *
Cuaca pada hari ini sangat baik. Matahari tampak segar menyinari bumi. Alhamdulillah, latihan hoki hari ini berjalan lancar. Setelah seminggu hujan membasahi bumi, kini tiba masanya aku dan pasukan mengerah keringat berlatih bersungguh-sungguh. Cuma tinggal beberapa hari lagi perlawanan hoki MSSD akan diaadakan.

Aku melihat burung-burung terbang dengan riang. Pepatung bermain sesama sendiri. Kusandarkan diri ini pada akar banir pokok bintangor di tepi padang.

Penat dan lelah.

Kusapukan peluh yang menitik di dahi. Sesi latihan kedua akan diadakan selepas ini. Air minuman isotonik 100 plus yang terletak berhampiran kayu hoki kucapai. Kuteguk dengan perasaan syukur.

Nikmat.

Lega dan kembali aktif.

Raif menghampiriku lantas menyapa,

“Haris, aku nak minta tolong sikit, boleh tak?”

“Apa hal? Insya Allah, aku boleh tolong kalau tiada aral melintang.”

“Kau tolong jadi tutor aku. Aku bimbanglah sebab tahun ini kita bakal menduduki SPM.”

“No hal. Kita perlu belajar dengan itqan. Biiznillah, manisnya kejayaan bakal dirasai bersama dengan redhaNya.”

“Kau memang sahabat terbaik.”

Aku tergelak kecil. Akhirnya, ketawa kami terburai.

“Eheemmm. Cerianya korang berdua. Sudah puas berehat? Pergi sambung latihan sekarang.” Arah jurulatih kami, cikgu Noh.

Nadanya agak garang tetapi beliau sangat baik orangnya. Sikap tegas beliau telah berjaya mendidik kami erti disiplin. Banyak sumbangan cikgu Noh sejak hadir ke sekolah kami. Buktinya, pasukan hoki sekolah telah berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Hoki MSSM tahun lalu. Semoga tahun ini kami mendapat kejayaan yang sama.

* * *
Buku rujukan kimia di perpustakaan kubelek. Sungguh membosankan. Aku lebih berminat dengan aliran prinsip perakaunan berbanding sains tulen. Namun apakan daya, ibubapa aku menyuruhku mengambil aliran ini semasa aku di tingkatan 4.

Sedang asyik membelek buku, kurasakan ada sepasang mata memerhatikanku. Lantas aku menyimpan semula buku tersebut. Cepat-cepat aku keluar dari perpustakaan.

Menyeramkan.

Kenapa aku keluar? Aku ini penakutkah? Lucu apabila mengenangkan tindakan aku yang gopoh melarikan diri.

Aku berjalan menuju ke kelas kerana waktu rehat telah pun tamat.

Selepas ini ialah subjek kegemaran aku iaitu Bahasa Melayu. Aku menyediakan segala kelengkapan belajar di hadapanku supaya tampak lebih bersedia untuk menimba ilmu.

“Bahasa Melayu itu, kaya falsafahnya, kias kata bidal pusaka, akar budi bersulamkan daya, berbumbungkan bahasa, berpusakakan budi.” USMAN AWANG

Sudah lama aku tidak masuk ke kelas kerana sibuk dengan latihan hoki berpusat. Memang tidak dijangkakan pasukan kami  kalah pada pusingan semi-final. Tiada rezeki. Mungkin juga disebabkan latihan yang kurang konsisten. Walau bagaimanapun, aku pasrah dengan ketentuan Ilahi.

* * *
Awal pagi lagi aku sudah bersiap. Tidak seperti hari hujung minggu yang biasa. Aku telah berjanji dengan Raif untuk belajar berkumpulan di rumahnya.

“Assalamualaikum….” Aku memberi salam. Sebagai seorang penganut agama islam, aku haruslah mengikut apa yang disyariatkan islam.

Tidak perlu menunggu lama. Salam ku terbalas.

Kedengaran suara perempuan.

“Waalaikumussalam, oh, awak Haris ke?”

“Ya, saya Haris. Raif ada?”

Ada, dia suruh awak masuk dulu. Hurm, jemputlah masuk!”

Aku memulakan langkah. Terfikir juga siapa perempuan ini. Setahu aku Raif anak tunggal.

“Dah lama tunggu? Sorry, ada hal sikit tadi.” Sapa Raif.

“Aku baru sampai. No hal.”

“Sebenarnya sepupu aku nak join,kalau kau tak keberatan.”

“Boleh je. Ilmu ini kena kongsi”

“Farahh!! Buah hati kau panggil.”

Aku terus mencubit peha Raif. Saja nak kenakan aku. Aku nak berkawan dengan perempuan pun susah, inikan pula nak bercinta. Memang tak lah.

Kami bertiga memulakan pembelajaran. Kekadang kami berhenti seketika. Mana boleh belajar berterusan. Otak akan letih nanti. Raif ada-ada saja usikan tidak berasas.

“Haris, aku tengok kau sesuai dengan Farah, sama-sama………………”

Belum sempat Raif menghabiskan kata-katanya, aku menutup mulutnya agar tidak berbicara yang bukan-bukan. Kasihan aku lihat Farah. Merah padam mukanya menahan malu. Yaa…. dia seorang yang pemalu.  Bukankah malu itu merupakan cabang-cabang daripada iman?

Aku menyambung perbincangan yang tergendala tadi. Sungguh memeningkan kepala, belajar subjek yang ada perhitungan. Tips yang aku mahu kongsikan ; buat latihan banyak-banyak, kalau tidak faham, rajinkan diri bertanya.

Aku ralit membuat latihan addmath. Deria keenam aku merasakan sesuatu yang aneh. Aku mengangkat kepala.

Gulp…

Mataku bertentang mata Farah. Aku segera mengalihkan pandangan. Tidak mahu anak panah syaitan durjana memanah hatiku. Lantas istighfar laju meniti di bibirku.

Tidak sangka pula si dia sudah pandai merenung diriku. Aku harus lebih berwaspada dalam menepis tipu muslihat syaitan yang berbisa.

Firman Allah “ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkan setan. Barangsiapa mengikuti langkah-langkah setan, maka sesungguhnya dia (setan)menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan karunia Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak seorang pun di antara kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” [ surah An-Nur ayat 21]

* * *  
Dinggg!!

Mesej masuk di WhatsApp.

“As salam. Tahniah, kerana menjadi pelajar terbaik SPM!”

Aku membelek profile si penghantar. DP Farah merangkap sepupu Raif. Sudah lama tidak bersua dengannya. Kali terakhir aku berjumpa dengannya ketika program pertukaran pelajar antara sekolah aku dengan sekolahnya. Dia memperoleh nombor telefonku daripada siapa?

Oh, tentu Raif! Siaplah kau Raif, nanti aku kerjakan kau!

Tanganku laju menaip.

“Wassalam. Terima kasih.”

Mesej masuk lagi.

“Awak sedang buat apa?”

Perlukah dia tahu aku sedang buat apa? Mengapa dia ingin tahu? Atau ingin bersembang kosong?

Maaf, aku tiada masa untuk semua itu. Aku seorang mujahid yang ingin syahid di jalan Allah. Seharusnya tidak perlu leka dengan kehidupan dunia yang fana. Kelak, aku akan kembali ke tempat asal. Akhirat jua yang kekal abadi.

Bukan tidak mahu berpaling darimu, tetapi jalan yang kau gunakan adalah salah. Mengapa perlu bermesej-mesej tentang perkara yang tidak penting?

Bak kata Doktor Farhan Hadi, penulis novel Cinta High Class, “esok hari apa pun nak tanya, maka itu bukan lagi menjadi urusan tetapi alasan.”

Allah berfirman” Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)” [ surah An-Nur ayat 26 ]

Ayat ini menunjukkan kesucian Aisyah r.a dan Safwan dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Rasulullah ialah orang yang paling baik, maka perempuan yang baik pula menjadi isteri baginda.

Aku terus mem’block’ si dia. Tidak mahu lagi memikirkan insan yang tidak halal bagiku. Aku tidak mahu tercicir cinta agungku. Tidak akan pernah melepaskan cinta agungku semata-mata menginginkan cintanya.

Jika benar kau tercipta untukku, biarlah doa yang menjadi perantaraan antara kita berdua. Bukannya mesej-mesej berbaur cinta mahupun nasihat.  Doakan yang terbaik. Yang terbaik itu untuk kita.

Cinta suci pasti terungkap dengan adanya lafaz akad yang menghalalkan kita.


Bersabar dalam bersabar.