// Coffee Donut!


Hello! Welcome. part of RDH & T4A.. hamba Allah yang bernama Syuhada a.k.a SINOSYU.nama pendeknya, chuu.. mata pena menjadi saksi perjuanganku. andai diri ini tiada lagi, biarkan sekelumit bingkisan ini menjadi tatapan buat perindu syahid sejati..


► شهداء
► My quotes
► اصدقاء
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
Owner : Sinosyu

Klik sini, banyak entry menanti | kembali ke entry sebelumnya
cerpen : mawar islam
28 Nov 2014 | 28.11.14 | 0 Sweet Cupcake
MAWAR ISLAM

karya : Siti Noor Syuhada

Aku menarik nafas lega. Menghela panjang. Puas dengan tindakan Cikgu Adam yang merotan Maya.

        “Kenapalah dengan cikgu kolot itu? Menyampah betul,” getus Maya, kurang berpuas hati.

        “Sepatutnya kau tanya soalan itu kepada diri kau.” Aku melontar bicara. Tidak berkenan dengan sikap Maya yang tidak dapat menerima kenyataan.

*      *      *      *     

Loceng sekolah berbunyi. Menandakan waktu pembelajaran dan pengajaran telah pun tamat. Aku bingkas mengemas buku dan alat tulis untuk dimasukkan ke dalam beg. Sedang aku leka berkemas, tiba-tiba terasa bahuku dicuit seseorang.

        Aku menoleh ke belakang. Terkejut melihat Maya dan gengnya. Riak wajah mereka menunjukkan tidak puas hati.

        “Mahu apa lagi diorang ini?” Hatiku membisik.

        Tanpa melengahkan masa, aku menggalas beg lalu kuangkat kerusi ke atas meja. Aku berlalu tanpa menghiraukan mereka. Malas hendak memikirkan masalah yang tak berkesudahan.

                                *      *      *      *     

        Maya dan rakan-rakannya memang terkenal dengan gelaran ‘minah senget’. Hahaha. Terasa lucu dengan gelaran tersebut. Memang patutlah Maya dirotan oleh Cikgu Adam tadi. Siapa suruh bawa telefon ke sekolah. Hendak ber’sms’ dengan pakwe, di rumahlah. Sakit dapat, telefon pula melayang. Aduhai, apalah nasib si budak yang bernama Maya ini!

        Aku tersenyum sendirian. Kelakar apabila memikirkan gelagat Maya. Usia baru setahun jagung sudah pandai bermain cinta.

        “Ya, memang perasaan cinta fitrah manusia. Tetapi jangan jadikan fitrah yang suci itu bertukar menjadi fitnah,” bisik hati kecilku sambil memberi peringatan buat diri ini yang sering terleka serta alpa.

        “Peringatan itu ibarat ‘charger’. Tanpanya telefon kita tidak akan bertahan lama.” Kata-kata ustazah Fatimah Syarha berlegar-legar di fikiranku.

        Aku sememangnya mengagumi beliau. Insha Allah akanku turuti jejak langkahnya untuk memburu impian. Aku menggantungkan impian setinggi bintang. Andai aku tersasar, sekurang-kurangnya aku masih di langit.

        “Awak buat apa sampai senyum hingga ke telinga?” sapaan abang Syamil mematikan fokusku terhadap impian tadi. Perasaan malu bertandang. Aku meraba wajahku. Terasa panas.

        “Tak ada apa-apa.” Jawabku ringkas.

        “Betul ke tak ada apa-apa?”

        “Kenapa? Tak percaya?”

“Hurm, kalau begitu, lebih baik adik masuk ke dalam rumah. Sejuk di luar ini. Angin malam tidak bagus untuk badan,” pesan abang Syamil.

        Sebenarnya aku lebih gemar meluangkan masa di anjung rumah. Bertemankan bintang- bintang yang bertaburan di dada langit. Melihat qamaran munira yang indah memancarkan sinar mentari yang dipantul kepadanya.

          Allah berfirman “demi langit dan yang datang pada malam hari. Dan tahukah kamu apa yang datang pada malam hari itu? (iaitu) bintang yang bersinar tajam.” [surah At-Tariq ayat 1-3]

        Subhanallah. Maha suci ALLAH

        Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu? Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini? Aku manusia pendosa. Masih adakah tempat untukku di syurga?

Pelbagai soalan muncul di benak fikiran. Bertalu-bertalu menerjah mindaku. Diriku bagai dipaku beribu persoalan. Terdampar aku di persisiran melankolik. Menantikan jawapan yang pasti terjawab apabila tiba waktunya. Hanya waktu akan beritahu. Teringat pula novel yang dikarang oleh novelis terkenal London, Jeffrey Archer ;only time will tell.

                             *      *      *      *

Azan subuh berkumandang. Kokokan ayam jantan membingitkan suasana. Menyeru manusia bangun menyembah Yang Maha Esa. Aku membuka mata. Dengan keaadan kantuk masih bersisa, aku bangun membuka lampu. Badanku terhuyung-hayang menuju ke arah suis lampu dan aku hanya mampu melihat melalui samar cahaya lampu tidur.

Aku segera mencapai tuala bewarna merah yang tersangkut. Melangkah berat ke bilik air bagi membersihkan diri.

Seusai solat Subuh, pakaian seragam sekolah kutatap lama. Tidak sanggup memakainya. Mungkin disebabkan kejadian semalam. Fikiranku bercelaru.

“Ah, tidak mahu ke sekolah!” gertak hatiku.

“Mana boleh.” Hatiku memujuk

Kugagahi jua diri ini agar hadir ke sekolah. Allah menghadirkan dugaan kepadaku kerana Dia tahu aku mampu hadapi. Aku akan jalani hidup yang penuh cabaran ini dengan tabah. Ya Allah, anugerahkan daku ketabahah, kesabaran, kecekalan yang tinggi.

                        *      *      *      *

Aku melangkah longlai ke ruang makan. Sarapan yang menyelerakan telah terhidang. Cuma perlu suap ke mulut sahaja. Namun, seleraku pada saat ini kurang aktif. Aku sekadar menjamah hidangan tersebut sebagai alas perut. Suatu fakta yang menarik untuk dikongsi ;otak akan rosak sekiranya seseorang gemar meninggalkan sarapan pagi.

Tali kasut yang terburai sudah pun kemas diikat. Tangan ibu dan ayah kusalami. Dengan senjata mukmin yakni doa, aku memulakan perjalanan ke sekolah.

Seperti biasa, sekolahku akan mengadakan ‘ruqqol’ pada setiap pagi. Hal ini bertujuan memastikan semua pelajar hadir ke sekolah pada waktu yang tepat. Pihak pengawas memainkan peranan masing-masing. Tugas telah dibahagikan secara adil. Hari ini aku ditugaskan mencatat nama pelajar yang lewat di pintu pagar sekolah. Amanah tetap amanah. Jika diturutkan perasaan ini, memang aku ponteng sekolah tadi.

“Hei kau, urusan kita belum selesai!” kedengaran suara Maya berteriak dari jauh.

“Kenapalah pagi-pagi lagi sudah berjumpa dengan dia?” hatiku mengomel.

Aku mencatat nama Maya dan beberapa orang pelajar yang turut lewat di dalam buku nota kecilku. Sebentar lagi akanku serahkan buku itu kepada guru disiplin, cikgu Adam. Kelihatan Maya menghampiriku. Aku hanya membuat muka tenang seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi antara kami.

“Wafa, kau jangan ingat, kau pengawas boleh buat sesuka hati kau.” Maya seakan-akan memberi amaran kepadaku.

“Cik Tengku Maya Shazlin Tengku Farid, saya hanya menjalankan tanggungjawab saya. Tak perlu nasihatkan saya. Saya tahulah tugas saya.”

“Dasar permpuan tak guna. Aku akan masukkan kau dalam permainan aku. Tunggu dan lihat sahajalah!” ujar Maya lantas dia berlalu.

Jujur aku katakan, aku sedikit gentar dengan ucapan Maya tadi. Aku tidak mahu terlibat dalam urusan dia. Ya Tuhan, bantu aku.

                        *      *      *      *

“Paaanngggg!”

Maya tersungkur jatuh apabila ditampar oleh senior Fisya. Beberapa orang pelajar mengerumuni mereka. Menyaksikan pergaduhan yang julung-julung kali berlaku di sekolah kami. Punca pergaduhan mereka langsung tidak masuk akal. Hanya disebabkan seorang lelaki. Berebut buah hati adalah lebih tepat untuk diperkatakan. Hei, lelaki boleh berpoligamilah! Aku tidak kisah kalau lelaki nak buka cawangan lain yang penting bukan suami aku. Mana ada perempuan yang sanggup hidup bermadu kecuali perempuan yang betul-betul solehah. Aku pun tidak sampai lagi tahap itu.

Huhh..

Biarkan mereka. Malas aku hendak ambil tahu perihal mereka berdua. Aku berharap agar mereka insaf. Jadilah remaja cemerlang, ibarat mutiara yang tersimpan di lautan dalam, menjadi rebutan serta sanjungan.

“ WAHAI PELAJAR,
JADILAH POHON NYIUR,
DARI AKAR, PUCUK DIGUNA ORANG
TIADA SATU PUN YANG TERBUANG,
JANGAN JADI DEDALU API,
HINGGAP DI DAHAN, DAHANNYA PATAH,
HINGGAP DI BATANG, POKOKNYA MATI”