// Coffee Donut!


Hello! Welcome. part of RDH & T4A.. hamba Allah yang bernama Syuhada a.k.a SINOSYU.nama pendeknya, chuu.. mata pena menjadi saksi perjuanganku. andai diri ini tiada lagi, biarkan sekelumit bingkisan ini menjadi tatapan buat perindu syahid sejati..


► شهداء
► My quotes
► اصدقاء
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
Owner : Sinosyu

Klik sini, banyak entry menanti | kembali ke entry sebelumnya
cerpen : selendang buat ibu
30 Nov 2014 | 30.11.14 | 0 Sweet Cupcake

Selendang Buat Ibu

Karya : Siti Noor Syuhada

* * *     
Kelihatan ibu masih mengemas rumah. Tiada apa yang boleh diharapkan daripada kesemua anaknya itu. Masing-masing sibuk dengan urusan mereka. Menghadap laptop, smartphone, video game. Sudah menjadi kebiasaan anak-anak muda terleka dengan kehidupan dunia.

“Salah aku tidak pandai mendidik anak-anak,” si ibu berkata kepada diri sendiri.

Mata anak-anak ibu tidak lagi berpaling kepada ibu. Sejak mereka menginjak remaja, pelbagai perubahan ketara yang dapat dilihat. Sebagai ibu tunggal, dia tidak berdaya menasihati anak-anaknya. Sepatah ditegur, sudah melenting, merajuk tidak bertempat. Sedangkan, si ibu menegur untuk kebaikan mereka jua.

Masih terngiang-ngiang di benak fikiran ibu ketika anak-anaknya masih kecil. Semuanya merengek, hendak ibu seorang saja. Tidak mahu yang lain.

Aneh….

Mengapa sekarang lain pula? Terkadang si ibu menangis sendirian.

Rindu.

Rindu mahu mengusap lembut kepala anak-anaknya. Sejak along bekerja di ibu kota, dia jarang menelefon ibu, apatah pulang ke kampung untuk menjenguk ibu. Mungkin sudah bertemu buah hati, lantas ibu tua ditinggalkannya. Perangainya tidak ubah seperti kacang lupakan kulit.

Si ibu lantas mendail nombor telefon anaknya. Rindu benar untuk bercakap dengan along.

“……….”

“Ibu nak apa lagi?! Along sibuk, ada meeting dengan client. Kalau ibu nak duit, nanti along masukkan ke dalam akaun ibu,” gertak along. Tidak mahu ibunya mengganggu urusannya. Baginya, client lebih utama daripada seorang ibu.

“Ibu cuma nak tanya keadaan kamu  saja. Bukan ibu minta duit. Ibu pun dah ada duit. Duit pencen arwah ayah kamu, masih tidak terusik. Tak mengapalah kalau kamu sibuk. Jaga diri kamu elok-elok. Jaga makan kamu.” ibu sebak berbicara dengan anaknya itu. Tidak mampu menyeka air matanya lagi. Berderai tumpah manik jernih di pipi ibu tua yang sudah berkedut.

“Baiklah, ibu tak usah telefon along lagi selepas ini. Assalamualaikum.” Si anak menjawab ringkas, tidak mahu berbicara panjang dengan ibunya.

“……..”

Terusik jiwa si ibu dengan sikap dingin anaknya. Dingin seperti blue mint.

Memang,,, duit adalah segala-galanya, tetapi segala-galanya tidak boleh dibeli dengan duit. Si ibu terdiam seribu bahasa. Tidak mahu membahaskan apa yang sudah terjadi.

Angah juga begitu, ibu sudah ada di depan mata masih buat tidak tahu saja. Tidak mahu ambil peduli. Namun, ibu sangat kuat. Tidak pernah ambil hati dengan sikap anak-anaknya.

* * * 
“Angah, boleh hantarkan ibu ke masjid di kampung seberang? Ibu nak pergi dengar orang mengajar.”

“Ibu asyik menyusahkan angah saja. Tak boleh jalan kaki ke? Bersyukurlah Allah bagi kudrat. Jangan tunggu Allah tarik nikmat, baru nak menyesal.” Si anak bersyarah panjang lebar.

Tersentak si ibu mendengarnya. Luluh hati seorang insan yang bergelar ibu.

Sungguh, angah tidak tahu berbakti kepada ibu. Besar pahalanya. Rugilah kalau tidak berbuat baik kepada ibu.

Bukankah Allah telah berfirman “Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah dan tempoh menceraikan susunya dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dankepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Akulah kamu kembali.” [ surah Luqman ayat 14 ]

Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa ada disebut dalam kalam suci, Al Quranul Kareem. Mengapa tidak mahu ikut apa yang disyariatkan? Mahu masuk nerakakah?

Si ibu menyarung selipar. Membuka pintu pagar, lantas berjalan menuju ke destinasi yang dituju. Dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya lagi. Yaa.. dia akan menggunakan kudrat yang dianugerahkan oleh Sang Pencipta.

Hujan lebat.

Si ibu tidak membawa payung. Disangkanya panas hingga ke senja, rupa- rupanya hujan di tengah hari. Mahu berpatah balik, sudah jauh berjalan. Mahu diteruskan perjalanan, hujan masih tidak berhenti.

Buntu.

Si ibu mengambil keputusan untuk singgah di rumah saudaranya.

“Eh, kau nak ke mana sebenarnya? Mak Jah merangkap adik si ibu menyapa.

“Aku nak pergi ke masjid depan sana,” kata ibu sambil menunjuk ke arah masjid yang tidak jauh dari situ.

“Kenapa tak suruh anak kau hantar? Bukan dekat dari rumah kau.”

“Malas nak susahkan mereka.”

Hujan masih renyai-renyai. Si ibu meminjam payung Mak Jah untuk ke masjid. Dalam tangisan yang syahdu, si ibu meneruskan perjalanan untuk berada dalam taman-taman syurga yakni majlis ilmu.

* * * 
Tubuh ibu menggeletar.

Kesejukan.

Basah kuyup baju ibu gara-gara bermandikan hujan. Ada anak seperti tiada anak. Sampai hati angah tidak menjemput ibu.

Biarkan…

“Ibu dah tua-tua nak main hujan, nanti sakit siapa yang susah?” gertak kak Chik.

“Jangan risau, ibu takkan susahkan kamu semua.” Jawab ibu lantas berlalu dari ruang tamu.

Malam itu, ibu tidak dapat melelapkan mata. Terfikirkan keadaan anak-anaknya. Kemudian si ibu berjalan menuju ke bilik kak Chik. Ingin meninjau keadaan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga itu.

Dari balik pintu, ibu mendengar si anak berbual dengan seseorang menerusi panggilan telefon.

“Awak sakit ke? Jangan lupa makan ubat tau. Awak berehatlah,” sungguh lembut suaranya terhadap si pemanggil. Berbeza apabila bercakap dengan ibu. Asyik meniggikan suara dan melawan.

“ Dan (amat derhaka) orang yang berkata kepada kedua orang tuanya ; “Ah”. Apakah kamu berdua memperingatkan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan (dari kubur), padahal beberapa umat sebelumku telah berlalu (tidak balik-balik lagi)? kedua orang tuanya itu memohon pertolongan kepada Allah (seraya berkata)  : “celakalah kamu, berimanlah! Sesungguhnya janji Allah itu benar.” Lalu dia (anak itu) berkata : ‘ini hanyalah dongeng orang dahulu.” [ surah Al-Ahqaf ayat 17 ]

Ini bukan kisah dongeng. Al Quran itu benar. Jangan sampai hati si ibu terguris.

Mohon ampun.

Masih belum terlambat.

Tergamak Kak Chik, berlembut dengan buah hati, berkasar dengan ibu.

Mana satu yang harus diberi keutamaan?

Ibu!!!

Ibu!!!

Ibu!!!!!!!

Namun, ibu masih tenang. Dia seorang insan bukan sembarangan.

Wonderful Mama…

* * * 
Hari ini, ibu tampak ceria disebabkan kepulangan anak tersayang ke kampung halaman. Sudah lama tidak bersua dengan anak bongsunya itu.

Sejak selepas subuh, ibu menyiapkan juadah nasi kerabu sebagai sarapan. Adik belajar di luar negara iaitu di Jordan. Memang tidak berpeluang memakan juadah hidangan masakan tanah air.

“Assalamualaikum…!!!”

“Waalaikumussalam, adik dah sampai…” ujar angah.

Ibu cepat-cepat ke ruang tamu, menyambut kepulangan adik. Adiklah satu-satunya anak yang boleh diharap. Adik mengambil jurusan Fiqh dan pengajian Usuluddin. Sebelum adik berangkat ke Jordan, dia selalu menjadi imam masjid di kampung ini.

Mereka sekeluarga menikmati hidangan dengan penuh kesyukuran.

“Adik, malam ni kita pergi solat berjemaah di masjid ye.” Si ibu berkata. Teringin sekali solat diimamkan oleh anaknya.

Beruntung ibu mempunyai anak sesoleh adik. Sesungguhnya doa anak yang soleh dibawa hingga ke dalam liang lahad.

Alhamdulillah..

Ibu tersenyum sepanjang hari.

Terlalu gembira.

Sukar untuk ditafsirkan atau digambarkan bagaimana perasaannya ketika itu.

Ketika ibu dan adik berjalan menuju ke masjid, adik bertanyakan sesuatu,

“ibu, kak Chik dan angah layan ibu dengan baik tak?”

“Mereka cukup baik kepada ibu. Ibu senantiasa menyayangi anak-anak ibu meskipun mereka tidak menyayangi ibu. Kasih sayang ibu akan dicurahkan selagi nyawa dikandung badan.” Jawab si ibu, sedaya upaya menyorokkan perbuatan anak-anak yang lain daripada pengetahuan adik.

“Adik sayangggg ibuuuu …. Setia hujung nyawa..  “ ujar adik lalu memeluk ibu.

Terasa damai dalam pelukan ibu.

* * * 
Adik masuk ke dalam bilik ibu untuk meletakkan selendang putih yang dibelinya di Jordan.

“Ibu akan kelihatan cantik nanti..” kata adik sambil tersenyum memikirkan wajah ibu apabila memakai selendang tersebut.

Kedengaran suara angah berteriak dari dapur,

“Adiiikkkk,, ibu pengsan!!!”

Adik keluar dari bilik ibu dengan tergesa-gesa. Mereka bingkas mengejarkan ibu ke hospital.

* * * 
Adik semahu-mahunya menangis sekuat hati. Tidak sanggup ditinggalkan oleh ibu tersayang.

“Ibu anda sudah berada di tahap keempat kanser hati. Maaf.Kami tidak dapat menyelamatkan ibu kalian.,.” Ujar seorang doktor yang merawat ibu.

“Ibuuuu!!!!!!!!”  

Adik memanggil ibu. Namun tidak dapat didengari oleh ibu. Air mata tidak dapat diseka. Adik menangis teresak-esak. Seperti anak kecil.

Biarkan..

Tiada siapa yang tahu betapa beratnya menerima dugaan ini melainkan Allah Yang Esa.

Selendang putih menutupi wajah ibu.

Tidak sempat ibu memakainya, malah ibu tidak pernah tahu bahawa itu merupakan pemberian adik kepada ibu.