// Coffee Donut!


Hello! Welcome. part of RDH & T4A.. hamba Allah yang bernama Syuhada a.k.a SINOSYU.nama pendeknya, chuu.. mata pena menjadi saksi perjuanganku. andai diri ini tiada lagi, biarkan sekelumit bingkisan ini menjadi tatapan buat perindu syahid sejati..


► شهداء
► My quotes
► اصدقاء
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
Owner : Sinosyu

Klik sini, banyak entry menanti | kembali ke entry sebelumnya
cerpen : maaf sahabat...
1 Dis 2014 | 1.12.14 | 0 Sweet Cupcake

Maaf Sahabat…

Karya : Siti Noor Syuhada

* * * 
Hidup tak selalunya indah. Memang Allah tidak berjanji  bahawa hidup ini mudah tapi Dia berjanji untuk sentiasa bersama kita. Jangan khuatir, kita ada Sang Pencipta yang Maha Agung. Saat tiada yang sanggup membantu, Allah setia dengan bantuanNya.

Faiq Syakirin menutup bukunya. Apa guna study jika fikiran sedang bercelaru. Masalahnya bertambah besar. Tidak tertanggung lagi. Dia segera ke bilik air untuk berwudhu’ agar tenang hatinya.

Dia bukan seperti remaja lain dalam mengatasi masalah yang dialami. Mendengar lagu, meluahkan kepada buah hati, jauh sekali.

Faiq melakukan solat sunat witir. Malam itu, dia luahkan segalanya kepada Kekasih Agungnya.

Terasa lapang.

Hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah, juga umpama awan yang tidak selalu putih. Ingatlah, bintang-bintang di langit takkan terus bekerlipan. Pelangi yang indah takkan selalu ada. Jadilah seperti sang mentari, membakar diri demi insan sejagat, jua seperti bulan purnama, menerangi malam yang gelap gelita.

Dia mencapai telefon pintarnya dan terus menaip pesanan melalui laman sosial weChat.

“Kenapa kau buat aku macam ni? Di mana erti sebuah persahabatan yang kita bina bersama-sama?”

Dia menghantar pesanan kepada teman karibnya, Ammar Saifullah.

Mereka berkawan baik sejak tingkatan 1 lagi. Persahabatan mereka seperti isi dengan kuku. Namun, sejak akhir-akhir ini, Ammar selalu sahaja bersikap dingin dengan Faiq. Tidak tahu puncanya. Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba badai melanda.

Faiq sendiri buntu dengan perubahan sikap Ammar. Sungguh terkesan di dalam sanubari.

Pesanannya tidak terbalas. Faiq mengambil keputusan untuk terus tidur tanpa menunggu pesanan dari Ammar. Mungkin, Ammar tidak online. Begitulah Faiq, selalu sahaja bersangka baik.

* * * 
Semua pelajar bergembira untuk hadir ke asrama setelah bercuti penggal pertama. Ingin bercerita pengalaman melancong, bercuti, dan sebagainya kepada teman masing-masing. Teruja untuk memulakan penggal baru, namun bukan bagi Faiq.

Dia masih gentar. Tidak sanggup Faiq menjejakkan kaki ke asrama. Tidak mahu bertemu dengan Ammar.

Faiq melangkah berat ke dormnya yang terletak di tepi dorm Ammar. Dorm mereka bersebelahan. Itu yang membuatkan Faiq berasa tidak selesa. Mereka seperti orang asing. Apabila bertembung langsung tidak senyum apatah lagi bertegur sapa atau bertanya khabar. Faiq takut untuk memulakan dahulu. Takut sapaannya tidak berjawab. Dia sendiri tidak tahu di mana silapnya. Tiba-tiba sahaja Ammar berubah. Ammar tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.

Faiq masih tenang dan sabar yang tiada batasan.

Bukan namanya sabar kalau masih mempunyai batasan. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki hubungan mereka. Faiq tidak akan membiarkan silaturrahim yang terjalin ini terlerai begitu sahaja ibarat gelang mutiara yang putus dan tidak dapat disambung kembali. Paling tidak, dia ada usaha untuk menyambung semula.

Allah tidak melihat hasilnya, tetapi Allah lihat pada usaha. Sejauh mana kita berusaha untuk mendapatkannya. Seterusnya, tawakal kepadaNya. Berserah segala-galaNya kepada Dia. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

“Faiq, kenapa murung? Macam ibu kucing hilang anak dah aku tengok kau ni,” ujar Kamal Rafikin. Sempat lagi dia selitkan gurauan.

“Masalah aku tak selesai, malah bertambah gawat,” jawab Faiq sekadar memberitahu. Dia tahu, tiada siapa yang mampu selesaikannya melainkan dengan izin Allah.

“Kau jangan bimbang. Selagi kita ada Tuhan Yang Satu, kita masih ada harapan. Jangan putus harapan. Berdoalah agar kau kuat hadapi semua ini. Kalau aku, memang terus down.”

Kamal Rafikin memberi semangat kepada Faiq Syakirin. Dia tidak sanggup sahabatnya itu bersedih. Faiq memang terkenal dengan keceriaannya. Jarang benar Faiq bersedih. Mungkin masalahnya sangat berat sehingga tidak tertanggung lagi.

“Kau jangan sedih ye. Tak macho nanti,” ujar Kamal sambil menepuk-nepuk bahu Faiq.

* * *
Hari pertama penggal kedua.

Sungguh memenatkan. Banyak kerja sekolah yang perlu dibereskan. Tahun ini, Faiq dan teman-temannya akan menduduki PT3. Sudah tentu, mereka memerlukan latihan pengukuhan yang banyak. Sudah tidak banyak masa untuk bermain-main. Harus belajar setiap masa. Arghh, membosankan!

Faiq duduk di kerusi batu yang terletak di hadapan kantin. Mengurut lehernya yang terasa lenguh. Asyik fokus terhadap pelajaran. Mujurlah masalah yang dihadapinya tidak menghantui dirinya.

Kamal Rafikin menghampiri Faiq lantas menghulurkan sepucuk surat kepadanya.

Surat daripada siapa?” Tanya Faiq kehairanan.

“Ammar Saifullah,”

Faiq menyambut huluran surat tersebut. Tangannya terketar-ketar untuk membuka surat itu. Berdegup laju jantungnya. Hatinya tertanya-tanya mengapa Ammar menghantar surat.

Belum sempat Faiq membaca, loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah pun tamat. Dia berpaling ke arah jam sport bewarna hijau yang terlekat di tangannya.

“Alamak, dah lewat.”

Dia bergegas ke kelas. Takut dimarahi oleh gurunya.

* * *
Seusai solat Isyak, Faiq menyiapkan kerja sekolahnya di bilik study. Dia teringat akan sesuatu.

Surat tadi….

Dia lekas mencari surat itu di dalam begnya. Ya,, jumpa pun. Tanpa membuang masa, surat itu dibaca dengan penuh penghayatan.

“ assalamualaikum,

Buat sahabat yang kukasihi,

Mungkin kau tertanya-tanya mengapa aku lakukan ini semua, mungkin juga dirimu sudah membenci diriku. Tak mengapa. Aku terlalu emosi sejak aku mengetahui Farisha suka akan dirimu. Kenapa kau perlu merampas dia daripada aku. Apa guna ada kawan sejati? Kalau sanggup melukai kawannya sendiri.

Kita berkawan sejak tingkatan 1, tergamak kau buat aku begini. Tak usah Tanya kenapa aku buat semua ini. Semuanya sebab kau, kawan..  aku mungkin takkan berkawan dengan kau lagi. Hati aku sangat terluka.

Luka yang parah..

Luka yang teramat dalam…..

Dan tak mungkin boleh terubat lagi. Lebih baik kau jauhkan diri kau dari hidup aku. Kau jangan risau, aku akan pindah sekolah nanti. Kau tak perlu lagi tengok muka aku.

Aku sudah meluat dengan perangai kau yang alim-alim kucing tuu. Aku harap kau dapat kembalikan si dia. Jangan buat aku bengang dengan kau.

Aku takkan jadi kawan kau lagi. Lagi bagus kalau aku tak pernah kenal insan yang bernama FAIQ SYAKIRIN....

Menyesal….

Menyesal sebab jadi kawan kau.

Aku tak pernah jumpa kawan seteruk kau.

Perpisahan itu lebih baik untuk kita.

Maaf sebab tak balas weChat.. kau akan faham kenapa aku berubah melalui surat ini. Sebenarnya aku nak bagi face to face tapi aku tak sanggup, bro..

Tak sanggup nak tengok muka kawan yang telah hancurkan hati ini.

Tak perlu jumpa aku untuk minta maaf sebab aku sudah tahu segala-galanya.   “

L

Sekarang baru dia mengerti kenapa Ammar bersikap dingin.

Tergamak Ammar melebihkan cintanya daripada seorang sahabat. Padahal Faiq tidak pernah berbuat sedemikian yang dinyatakan Ammar itu. Dia tidak pernah tahu Farisya menyukai dirinya. Dia tidak minat bercinta di alam remaja.

Menyakitkan.

Kadang terluka, kecewa

Dia masih mentah untuk semua itu. Tambahan pula dia tahu apa hukumnya bercouple.

Faiq perlu menyelesaikan salah faham yang berlaku antara dia dan Ammar. Dia tidak mahu kehilangan teman karibnya, walaupun Ammar bersedia untuk berpisah.

Mana yang lebih utama?

Percintaan????

Atau

Persahabatan????

Anda berhak membuat pilihan. Anda juga berhak merasakan akibat membuat pilihan tersebut.

Mahu bahagia atau derita ?

Pilihan terletak pada diri anda.

Mencari sahabat sejati umpama mencari permata di dalam timbunan kaca. Lidah pendeta pernah menyebut, pemilihan sahabat yang betul mampu mencorak peribadi luhur.

Sesungguhnya tiada simpulan yang tidak boleh diuraikan dan tiada lajak yang tidak boleh diundur.

Ammar Saifullah dirundung perasaan bersalah. Bersalah kerana tidak menjadi sahabat yang terbaik buat Faiq Syakirin. Malah telah menuduh Faiq yang bukan-bukan.

Sungguh hatinya telah dibutakan dengan cinta nista dan penuh dusta sehinggakan terkabur kilauan sahabat sejati yang dimilikinya.

“Maaf…. Sahabatku….”