// Coffee Donut!


Hello! Welcome. part of RDH & T4A.. hamba Allah yang bernama Syuhada a.k.a SINOSYU.nama pendeknya, chuu.. mata pena menjadi saksi perjuanganku. andai diri ini tiada lagi, biarkan sekelumit bingkisan ini menjadi tatapan buat perindu syahid sejati..


► شهداء
► My quotes
► اصدقاء
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
Owner : Sinosyu

Klik sini, banyak entry menanti | kembali ke entry sebelumnya
cerpen : meow meow
3 Dis 2014 | 3.12.14 | 0 Sweet Cupcake

Meow Meow~

Karya : Siti Noor Syuhada

* * *

Selalu ceria dan bermain dengan girang. Itulah ia, kucing kesayanganku. Bulu yang keoren-orengan, mata yang bulat, ekor yang berbulu lebat. Semuanya menambahkan pakej sebagai kucing tercomel yang pernah aku miliki.

Bukan kecomelannya yang membuatkan aku menyayangi haiwan ini, tetapi kehandalannya dalam membuatkan aku selalu tersenyum. Tidak jemu aku untuk bermain dengannya. Namun, aku tidak mempunyai banyak masa terluang bersamanya dek selalu berpisah kerana aku tinggal di asrama.

Rindu…

Rindu untuk bertemu kucingku. Aku hanya berpeluang berjumpanya 2 minggu sekali. Kadang sebulan tidak berjumpa. Tidak mengapa. Aku yakin adikku memberi makan yang cukup kepadanya.

Kasihan kucingku, usia tidak sampai setahun sudah ditinggalkan ibu. Hidupnya tanpa kasih sayang daripada seekor ibu. Sedih melihat keaadaannya. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus hidup. Ia tetap menjalani liku-liku yang mendatang dalam hidupnya dengan tabah. Itulah keistimewaan kucingku yang tidak bernama. Malas hendak memberi nama. Aku sekadar memanggil meow.

Meow yang kusayang. Haha

* * *
Akhirnya cuti akhir tahun bermula. Yeay.. aku dapat bersama kucingku selama lebih sebulan.

Setiap petang aku akan membawa meowku bersiar-siar di sekitar halaman rumahku. Menghirup udara segar dan haruman sang bunga-bungaan yang menumbuhi di sekitar pagar. Indahnya ciptaan Tuhan.

Suatu pagi, sewaktu aku bangun dari tidur aku mendapati ia tiada. Aku mencari-cari di sekitar rumahku. Namun bayangnya pun tidak kelihatan. Hati ini sangat runsing.

Bimbang kalau-kalau terjadi sesuatu yang tidak diingini. Hanya doa yang mampuku panjatkan agar si meow senantiasa selamat.

Aduhh… kenapa semua ini terjadi?

Aku mempersoalkan apa yang telah berlaku. Kadang terasa diri ini jahat kerana tidak dapat menerima kenyataan yang sebenar.

Memang…

Memang diri ini masih tidak dapat menerima semua ini!!!

Lenaku sentiasa dibayangi tentangnya. Semakin bertambah rindu padanya. Rindu yang parah, tidak boleh diubati lagi. Aku tidak kuat menghadapi dugaan ini, ya tuhan.

Pelbagai cara yang telah aku lakukan untuk mencarinya. Menampal poster, bertanyakan orang. Namun, tiada satu pun yang berhasil.

Mungkin, ia sudah pergi jauh. Jauh dari dunia ini.

Huhh

* * *
Ketika aku berada di atas buaian sambil bermain video game, tiba-tiba aku terdengar bunyi meow. Aku segera mencari arah dari mana datang bunyi tersebut. Aku melemparkan pandangan terhadap kucingku.

“Meow, dah balik!!” aku menjerit sambil meluru ke arah kucingku.

Hanya Allah yang tahu betapa gembiranya aku. Tetapi mengapa rupa meow seteruk ini? Siapa punya angkara?

Badannya sangat comot dan kurus kering. Luka sana sini. Ia sangat tidak bermaya. Terharu melihatnya.

Air mataku tumpah. Mengalir laju di pipi.

“Awak harus kuat. Awak mesti kuat. Jangan tinggalkan saya lagi. Saya sudah cukup menderita tanpa awak di sisi,” aku berkata kepada meow dalam tangisanku. Lagak seperti orang gila. Bercakap dengan kucing. Biarkan, apa orang nak cakap. Yang penting aku tak ganggu hidup dia!

Kucingku menggesel kepalanya di kakiku. Sungguh comel telatahnya. Aku terus mendukungnya.

“meow, meow,”

Rindu mendengarnya.

Tiba-tiba, nafas kucingku tercungap-cungap dan ia terus menggelepar. Terlalu sakit agaknya. Kasihannya….

Aku sangat cemas. Terlalu resah dan gelisah. Menantikan apa yang bakal berlaku.

“Takkan awak nak tinggalkan saya lagi?” 

Aku hanya menangis tanpa henti. Tidak terdaya melakukan sesuatu.

“Tidaakkkkk”

Kucingku sudah tidak bernyawa lagi.

Aku menyaksikan sendiri dengan pancaindera yang dianugerahkan saat kematiannya. Terlalu sedih. Sukar untuk ditafsirkan sedalam mana kesedihan itu. Namun, aku tidak sanggup menyelaminya. Tenggelam dalam kesedihan tersebut. Lemas.


Selamat tinggal meow!!!!