// Coffee Donut!


Hello! Welcome. part of RDH & T4A.. hamba Allah yang bernama Syuhada a.k.a SINOSYU.nama pendeknya, chuu.. mata pena menjadi saksi perjuanganku. andai diri ini tiada lagi, biarkan sekelumit bingkisan ini menjadi tatapan buat perindu syahid sejati..


► شهداء
► My quotes
► اصدقاء
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
Owner : Sinosyu

Klik sini, banyak entry menanti | kembali ke entry sebelumnya
cerpen : Bukan dia
4 Dis 2014 | 4.12.14 | 0 Sweet Cupcake

Bukan dia

Karya : Siti Noor Syuhada

* * *  
Jam loceng berdering. Aku  membuka mata. Masih awal. Aku bingkas bangkit dari lenaku. Hari ini hari pertama aku bekerja. Perlu bersemangat. Azan subuh masih tidak kedengaran. Aku menggunakan waktu ini untuk melakukan qiamullai.

“Dan pada sebahagian dari malam hari, bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan tuhanMu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji” [surah Al-Israa ayat 79]

Kerja aku biasa-biasa saja. Hanya mempunyai butik pakaian muslimah, Busana Idaman tinggalan bonda tersayang. Tidak mengapa, asal rezeki yang datang itu halal. Kerja ini kuanggap beribadah kepada Allah. Nawaitu kerana Yang Maha Esa. Sementara menunggu keputusan SPM diumumkan, elok jika aku bekerja mencari rezeki. Aku ingin melatih diriku supaya lebih berdikari di samping menyara diri dan mencari duit poket untuk mendaftar ke universiti pilihan.

Aku menunggang Scooter ke tempat kerja dan mengenakan baju kurung.Teserlah keayuan. Haha. Hari pertama bekerja mesti tunjuk yang terbaik kepada bonda. Tidak pasal-pasal dibuang kerja nanti. Aku tidak mahu mencemarkan perspektif suci murni bonda terhadapku.

Baru sehari bekerja tetapi kurasakan sudah sebulan. Penat melayan celoteh customer yang mempunyai pelbagai ragam. Nak yang itulah, nak yang inilah. Alahai! Mengalahkan budak tadika. Tambahan pula bonda melarangku membawa smartphone. Sungguh membosankan. Kalau ada smartphone, tentu aku dapat bermain game atau bersembang dengan rakanku. Paling tidak, sediakanlah televisyen. Tak syoklah kalau macam ini.

Ahh, aku harus jadi matang! Sampai bila mahu hidup dalam perangai kebudak-budakan? Aku sudah berjanji dengan bonda. Mahu berubah. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.

Insya Allah, tapi susah juga mahu bermujahadah. Perlukan istiqamah yang jitu.

Iman aku adakalanya naik, adakalanya turun. Tidak menentu. Aku bukan lulusan sekolah agama. Bukan juga golongan agamawan.

Kadang, air mata menitis kerana mengingati jahilnya diri ini.

Suka bersosial. Ikhtilat entah ke mana. Kpopers tegar. Setiap lagu korea hafal.

Tapi itu dulu…

Sekarang, aku ingin berubah. Mahu menjadi wanita solehah. Mahu berbakti kepada ibu bapa.

Jangan ungkit kisah silamku. Yang lepas biarkan berlalu pergi.

* * *                 
Sudah hampir seminggu bekerja. Alhamdulillah. Masih lagi hidup walaupun smartphone disita. Semua ini gara-gara tertangkap oleh bonda. Aku didapati bersalah kerana menyeludup smartphone ke dalam butik.

Padanya ada hikmah.

Aneh..

Sepanjang aku bekerja, aku mendapati seorang pelanggan  sama yang singgah di butik kami. Kusangkakan kenalan rapat bonda. Tak mungkin. Dia lelaki. Umurnya pula seakan-akan sebaya denganku.

Setiap hari, singgah di butikku. Berbual dengan bonda. Pulang.

Rutin hidupnya.

Lantaklah. Asalkan hidupnya bahagia.

“bonda, siapa mamat yang selalu singgah di sini ?” Tanyaku bagi menginginkan kepastian.

“Oh, budak lelaki yang berketayap itukah?! Sebenarnya dia kawan abang kamu. Baguskan budak itu. Dia akan bergelar ustaz nanti. Kamu tak berkenan ke?”

“Bukan taste Salwa. Lagi pula, mana ada ustaz yang sanggup digandingkan dengan budak mentah macam Salwa ini.” Aku merendahkan diri di hadapan bonda sambil mencebik.

Memang aku selalu bermanja dengan bonda kerana aku anak bongsu. Aku hanya ada seorang abang. Hidup kami dua beradik sahaja. Selalu mendapat perhatian yang lebih daripada bonda. Tambahan pula, jarak antara umur aku dengan abang terlalu jauh. 7 tahun.

* * *
Arsyad Zamir. Nama yang sedap didengar. Sesuai dengan pemilik nama tersebut. Sejak bonda memperkenalkan dia kepadaku, hatiku asyik teringatkan si dia. Sehinggakan customer datang pun aku tidak perasan.

Angau agaknya.

Jujur kukatakan hatiku mula berbunga sejak mendapat risikan daripadanya. Ibarat pohon yang mati diberi baja. Tumbuh segar mewarnai bumi. Tidakku sangka dia yang tersangat bagus akhlaknya, budi pekerti yang tinggi, faqih dalam bab agama dan macam-macam lagi kelebihan, mahu menjadikan aku, minah brutal sebagai isteri. 

Aku bermimpikah? Layakkah aku? Dapatkah dia menerima kekurangan diri ini?

“Dan kami menciptakan kamu berpasang-pasangan.” [ surah An-Naba’ ayat 8 ]

Mungkin dialah imam mudaku.

Aku sangat menyukai sikapnya yang penyantun. Pandai mengambil hati bonda. Tidak pernah bertanya khabar tentangku. Ku fikirkan Arsyad seorang yang sombong ternyata tanggapanku salah. Dia sangat pemalu. Apabila terserempak denganku, cepat-cepat melarikan diri. Macamlah aku ini raksasa yang nak makan dia. Malunya melebihi malu sang dara.

Aduh, susahlah macam ini!

Tak pernah teks, sms, e-mail dan sewaktu dengannya. Apatah lagi OTP. Boleh dia hidup??

Oh, terlupa dia seorang ustaz!

Masya ALLAH, macam  mana ana boleh lupa?

* * *
Ana sebenarnya tidak mahu mempercepatkan walimatul urus. Tapi tuntutan daripada pihak ibu bapa harus ana laksanakan.

Ana??

Sorry,, aku

Kami cuma buat ala kadar. Hanya saudara mara yang terdekat dan kawan rapat sahaja dijemput.

Rimas..

Perlu tersenyum 24 jam. Ingat aku ini patung cendana?

Huhh

Alhamdulillah, selesai diijabkabulkan bersama si dia yang tercinta. Aku sah bergelar isteri kepada Arsyad Zamir. Apabila Allah takdirkan kita bersama seseorang, hati kita akan selalu tenang dan gembira, walaupun sekadar mengingati dia dalam Doa.

Dapatkah aku menjalani tanggungjawab sebagai isteri yang solehah? Dalam usia belum dua dekad sudah bergelar isteri orang. Isteri ustaz pula.

Aigoo..

* * * 
Cuma tinggal seminggu lagi tarikh kami akan berangkat ke Jordan. Alhamdulillah, keputusan SPM aku nak kata cemerlang, tak juga. Tak adalah sampai jadi pelajar terbaik. Namun, membolehkan aku menyambung pelajaran ke oversea.   Kami mengambil pengajian yang sama iaitu pengkhususan FiQh. Bezanya, aku menyambung diploma manakala suami tercinta menyambung master.

Kami sibuk mengemas. Mahu pergi ke Negara orang perlulah mempersiapkan segala keperluan.

“Kalau awak tak suka saya, saya boleh lepaskan awak,” tiba-tiba sahaja terpacul dari mulut Arsyad.

“Kenapa pula tak suka?”

“Saya takut awak berkahwin dengan saya atas desakan keluarga.”

“Mana ada. Saya cintakan abang sepenuh hati dan saya sayang abang lebih dari yang abang tahu.” Ujarku sambil memeluknya dari belakang.

Tak ingin dirinya pergi. Meskipun dia bukan cinta pertama, tapi dia ialah cinta terakhir. Takkan ada setelah dia.

Keesokan paginya, setelah aku terjaga, dia tiada di tepi. Puas aku mencari kelibatnya. Namun tidak ketemu. Aku terjumpa satu nota yang tertulis

“Abang berhenti berharap, bukan bermakna abang menyerah kalah, tapi sebab abang tahu bukan diri ini yang awak inginkan.”

Kenapa??

Kenapa tinggalkan nota ini. Aku tidak mengerti.

Aku terus mencapai telefon lalu mendail nombor telefon si suami.

“……..”

Tidak berjawab.

Aku benar-benar tidak mengerti.

Adakah hubungan kami akan terputus. Oh, no!!!

Dingg!

Mesej masuk di peti masuk.

“Abang nak jumpa awak di Café Rossie pukul 2.”

Apa??

Aku terus bersiap untuk menemui suami tercinta.

* * *
#Café Rossie

Aku diam seribu bahasa. Dia pun sama. Tidak tahu bagaimana harus memulakan. Aku sangat berdebar, tidak mahu lafaz talak meniti di bibirnya.

Dia mengeluarkan sekeping foto lalu diletakkan ke atas meja.

Terkejut.

Rupa-rupanya, foto ini yang meragut romantis antara kami.

“Saya dah tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Hubungan kitorang dah lama berakhir. Kenapa perlu membangkitkan isu ini? Kataku dalam nada agak tinggi.

“Mengapa masih simpan foto ini?” soalanku dibalas soalan.

Aku tidak mahu bertekak. Tidak mahu menjadi isteri derhaka. Aku memujuknya lembut. Dalam sebak aku berbicara.

“Saya dah agak semua ini. Ya, memang saya tak layak nak dapatkan suami soleh macam abang. Memang, dia kekasih saya yang pertama. Tapi, saya dah cakap hubungan itu dah berakhir. Abanglah lelaki terakhir yang saya cintai.

Mana yang istimewa? Jadi yang pertama atau terakhir?

Saya cintakan abang, bukan dia.”

“Maafkan abang, abang minta maaf sangat-sangat. Maafkan abang boleh?” Arsyad merayu. Dalam masa yang sama, air mata kelakiannya tumpah. Kesal kerana tidak mempercayai isterinya sendiri.

Air mata kesyukuran gugur. Bersyukur kerana mempunyai suami sehebat Arsyad Zamir.

Terima kasih Tuhan.

Cinta aku bukan untuk dia,
yang telah melukai sekeping hati ini,
Cintaku hanya untuk yang halal,
Bergelar suami.

“Bukan dia……”