// Coffee Donut!


Hello! Welcome. part of RDH & T4A.. hamba Allah yang bernama Syuhada a.k.a SINOSYU.nama pendeknya, chuu.. mata pena menjadi saksi perjuanganku. andai diri ini tiada lagi, biarkan sekelumit bingkisan ini menjadi tatapan buat perindu syahid sejati..


► شهداء
► My quotes
► اصدقاء
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
Owner : Sinosyu

Klik sini, banyak entry menanti | kembali ke entry sebelumnya
cerpen : tetamu senja
14 Dis 2014 | 14.12.14 | 0 Sweet Cupcake

Tetamu senja

Karya : Siti Noor Syuhada

* * *
Lega.

Sudah berakhir hubungan kami. Tidak ada lagi yang perlu  aku runsingkan. Alhamdulillah, akhirnya aku bebas dari cengkaman lelaki tersebut. Aku tidak suka akan sikapnya yang berlaku curang. Aku juga tidak mampu hidup bermadu. Aku rela melepaskan dirinya. Lagi pula, perasaan cinta itu sendiri sudah melayang entah ke mana. Mungkin kembali pada yang berhak. Selayaknya aku tidak berhak memiliki cintanya.

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).” [ Surah An-Nisa’ ayat 19]"

Terputus di tengah jalan.

Usia perkahwinan kami sudah menginjak dua tahun. Belum dikurniakan cahaya mata. Tiada rezeki. Aku tidak mampu melahirkan zuriat daripada Zamir. Kesibukan aku sebagai seorang mahasiswa dalam jurusan akauntan membuatkan aku terpaksa berjauhan darinya. Dia juga mahasiswa jurusan akauntan. Bezanya, kami tidak se-universiti. Dia jauh tersadung di bumi kenyalang. Aku pula terdampar di wilayah pantai timur. Berkenalan hampir tiga tahun. Diperkenalkan oleh rakan taulan. Bernikah ketika belajar bukanlah suatu perkara yang mudah.

Harus meggalas tiga tanggungjawab secara serentak. Pelajar, anak, isteri dan tugas paling utama, hamba kepada Allah Yang Maha Esa. Kekuatan rohani dan jasmani amat diperlukan. Tabahlah wahai hati.

* * * 
Masih terngiang-ngiang di fikiranku saat mengetahui segala tembelang yang disorokkan sedaya mampu. Tuhan itu Maha Mengetahui bahawa dia bukanlah suami yang terbaik untukku.

“Awak, siapa yang bersama awak dalam gambar ini?” tanyaku sambil menghulur telefon bimbit kepadanya untuk mendapat jawapan yang tepat. Aku tidak mahu berburuk sangka.

“Kawan.” Ringkas sahaja jawapannya.

“Kalau kawan, kenapa duduk sebelah menyebelah rapat macam ini? Mengalahkan saya sebagai isteri awak. Kita pun jarang ber’selfie’ macam ni.”

Kan saya cakap kawan, kawanlah!! Kenapa susah sangat nak percaya?”

“Saya tak cakap pun saya tak percaya.”

“Habis tu? Kenapa nak perbesarkan masalah yang kecil ini?” ujarnya lantas berlalu pergi dari bilik tidur.

Aku mulai sebak. Tidak mampu menanggung semua pekung di dada. Seperti mahu berteriak sekuat hati. Air mata mulai bergenang di sekitar kornea lalu jatuh di pipiku. Sungguh sayu hati ini.

Tergamak Zamir berbuat sedemikian. Kenapa tidak jujur sahaja?

“Berkatalah yang benar walaupun pahit.”

Jangan bahagiakan aku dengan dusta kerana setelah kebenaran terbongkar, mungkin tiada lagi cinta buatmu.

Lagi pula, aku tahu siapa perempuan yang bergambar dengannya. Aku sudah membaca semua ‘sms’ dia . Zamir berjanji untuk menjadikan si dia sebagai isteri kedua. Kalau tidak silap, nama perempuan tersebut ialah Amira. Muda setahun daripada aku. Bekerja sebagai model di butik Anggun. Secocok dengan Zamir. Seperti merpati dua sejoli. Rupa parasnya yang menawan berjaya memikat hati Zamir yang telah dimiliki aku. Mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain. Maklumlah, cinta pertama Zamir ketika masih di bangku sekolah rendah.. Oh, begitu mendalam cinta Zamir terhadap Amira

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.[surah An-Nisa’ ayat 3]"

Aku tidak rasa Zamir mampu berlaku adil. Jadi, lebih baik aku mengundur diri. Tidak sanggup berkongsi kasih. Hubungan rumahtangga kami masih mentah.

Rasulullah  SAW pernah bersabda: “Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak(penceraian)” hadis riwayat Abu Daud

Kusangka teguh kiranya masih rapuh.

Biarkan aku menjadi nahkoda dalam melayari bahtera kehidupan ini sendiri. Tidak ditempah hidup sengsara. Suratan nasib yang melanda. Menongkah badai yang bergelora. Ku meredah sendirian. Segenggam tabah dipertahankan, buat bekalan di perjalanan. Ku ubat luka yang berdarah, membalut hati yang calar. Telah tertulis suratan nasibku. Derita buatku ada hikmahnya. Terlukis senyum di bibir lesu tak siapa tahu hatiku.Biarpun keruh air di hulu, mungkinkan jernih di muara.

* * * 
Kini, aku mempunyai kerjaya. Sama seperti yang diimpikan. Seorang akauntan. Alhamdulillah. Aku meneruskan kehidupan seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang berlaku. Mungkin aku sudah biasa berjauhan dengan Zamir.

Zamir kini bekerja di wilayah persekutuan Labuan. Mujur kami tidak bekerja di syarikat yang sama. Kalau tidak, seperti Tom and Jerry jawabnya.

Sibuk.

Teramat sibuk sehinggakan terkadang aku terpaksa skip lunch. Biasalah, perlu melakukan kerja secara terperinci serta mengikut peraturan dan arahan. Tambahan pula, persekitaran pekerjaan berstruktur dan teratur yang melibatkan data, nombor dan kerja-kerja perkeranian. Akaun semasa perlu dibereskan. Sekiranya suka bertangguh, semakin berlambak-lambak kerja yang harus dilakukan.

“Raudhah, kenapa tak pergi lunch? Puasa ke? Sapa Faiz, rakan sekerjaku.

“Saya ada banyak kerja. Tak sempat nak lunch. Awak nak pergi lunch ke?”

“Hmmm. Jom ikut saya pergi lunch.”

“Mana boleh. Saya tak siap lagi kerja ni. Boleh tolong belikan saya set lunch KFC?”

“Boleh,”

“terima ka…….”

Belum sempat aku mengucapkan penghargaan buatnya,

“Kalau awak ikut sekali. Cepatlah…”

Eeii… susahnya nak minta tolong mamat ni.

Aku membuka langkah. Berjalan perlahan-lahan mengekori Faiz. Seperti anak kecil yang megikut ibunya. Haha.

Faiz menoleh ke belakang lantas berkata,

“Raudhah, jangan jalan di belakang saya. Saya tak mampu memberi petunjuk yang tepat. Tetapi, jalanlah di sisi saya. Saya boleh lindungi awak.”

Faiz mengukir senyuman. Terbuai melihat senyumannya yang memukau dan mencairkan itu. Aku turut tersenyum lantas cepat-cepat berjalan di sisinya. Mahu dilindungi oleh jejaka idaman Malaya itu. Sememangnya Faiz seorang rakan kerja yang sangat baik. Selalu sahaja mengambil berat perihalku. Begitu bertanggungjawab.

Kami makan di Bintang Iman Restaurant yang terletak 1 km dari pejabat kami.

Sungguh enak.

Ya….. sebab Faiz yang belanja. Hei, aku bukan pisau cukur!! Aku bukan nak kikis duit dia. Puas aku memujuknya supaya tidak membayar. Tapi tetap berdegil mahu belanja. Bukan salah aku.

Segan juga dengan si Faiz. Banyak kali dia belanja aku sedangkan aku tidak pernah belanja dia. Pertemuan kami dalam profesion akauntan telah mengakrabkan antara satu sama lain. Dia yang lebih berpengalaman daripadaku selalu sahaja berkongsi pendapat, ilmu, pengetahuan dan kisah hidup. Beruntung aku mempunyai rakan sekerja seperti Faiz.

* * * 
Tik tok!!

Mesej masuk di Messenger.

Siapa pula yang hantar chat malam-malam buta? Aku menekan see the conversation.

Ohh,, Faiz rupanya.

Good night, sweet dream. Sleep tight J

Aku memandang ke arah jam. Jarum jam sudah menunjukkan nombor 12. Aku masih tidak terlena.

Aku membalas pesanan tersebut,

“Awak pun sama. Terima kasih belanja tadi.”

“Most welcome. Tak tidur lagi ke? Buat ape? Fikirkan saya ke?

“Mengadalah awak ni. Poyo je lebih.”

“Hahaha. Awak hutang dengan saya. Hahaha.”

“Ishh, tadi kata lain, sekarang lain pula. Awak ni memang tak tetap pendirian ke?!”

“Janganlah marah. Saya bergurau saja. Hehehe.”

“Tak payah nak merapulah. Tidurlah!! Esok kerja.”

“Okey, bye. Jumpa esok.”

Hubungan kami memang rapat. Aku sudah menganggap Faiz itu abang aku sendiri. Ramai yang cemburukan hubungan kami. Aku pekerja baru tapi sudah rapat dengan Faiz. Aneh bukan?

* * * 
Aku tiba awal di pejabat. Mahu bereskan beberapa kerja yang belum diselesaikan. Hari ini aku hendak pulang awal. Perlu berkemas untuk balik ke kampung halaman yang tercinta di Jerantut, Pahang.

Sudah lama tidak menjenguk orang tuaku. Kali terakhir aku berjumpa mereka ketika aku bercerai dengan Zamir. Lebih sebulan rasanya. Aku masih dalam tempoh idah.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumussalam, eh, Raudhah. Kenapa tak bagitahu nak balik? Ibuku bertanya.

“Saja nak buat kejutan.”

“ishh, kamu ini. Kalau kamu beritahu dulu, ibu boleh siapkan makanan kegemaran kamu.””

“Tak payah susah-susah ibu.”

Ahh.. gembira dapat bertemu dengan insan tersayang.

Tiba-tiba telefonku berdering. Tertera nama Faiz di skrin. Aku menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumussalam.”

“Awak kat mane? Kenapa saya tak nampak awak hari ini?

“oh, saya berada di kampung sekarang.”

“Semua okey ke? Awak sampai dengan selamat?

“Jangan risau, tak ada apa-apa yang berlaku.”

“Tak apalah. Take care. Fi hifzillah. Assalamualaikum.”

“………”

Sungguh memenatkan menempuhi perjalanan yang melebihi dua merhalah. Aku hanya mengambil cuti tiga hari. Cukup ke?
Aku nak bermanja lebih dengan ibu dan ayah. Maklumlah, aku baru diceraikan. Mungkin terselit memori kelam dan memontum suram. Masih tidak dapat melupakan perbuatan Zamir. Mungkin dia sudah bahagia bersama dengan Amira. Aku juga yang terseksa. Terpaksa menuggu tempoh idah.

“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [ surah Al-Baqarah ayat 228 ] “

Malam tersebut, aku telah tidur terlalu awal.

Terlalu letih.

Badan mahu rehat, otak hendak refresh

* * *
Aku bangkit dari lenaku awal pagi. Seusai membersihkan diri, aku mengikuti ibu dan ayah ke surau untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Sudah lama tidak pergi ke surau di kampungku. Biasanya aku sering kali ke surau pada bulan mulia, Ramadhan Al Mubarak. Solat Terawih bersama orang kampung setiap malam.

“Raudhah, selepas Zohor nanti, ada orang datang nak merisik kamu, jadi bersiaplah.” Kata ayah ketika dalam perjalanan pulang dari surau.

Aku sangat terkejut. Tidak kusangka ada lagi orang yang ingin menyunting diri ini untuk dijadikan pendamping hidupnya.

“Siapa ayah? Dia sudah tahu ke Raudhah ini sudah bercerai.?” Soalan bertalu-talu kutujukan buat ayah.

“Katanya kawan satu pejabat dengan kamu. Faiz namanya. Ayah sudah beritahu bahawa kamu ini telahpun bercerai, tapi dia kata tak kisah. Bukan kamu isteri orang lagi. Kamu terima ke tak?”

Aku semakin bertambah terkejut. Namun, dalam hati sudah berbunga-bunga. Seperti ingin melompat tinggi nun awan di sana. Aku mengangguk kecil sebagai tanda persetujuan.

Berkahwin dengan orang yang kita cinta, itu adalah impian.
Berkahwin dengan orang yang tak diduga, itu adalah jodoh.
Bercinta dengan orang yang kita kahwin, itu adalah kewajipan.

Faiz tidak pernah beritahu bahawa dia mahu memperisterikan aku. Susah mahu cari pemuda yang meminta izin untuk mencuri hati seorang perempuan dengan seorang bapa. Selama ini, aku tidak perasan bahawa Faiz sungguh tulus mencintai diri ini yang serba kekurangan. Kufikirkan hubungan kami rapat sebagai adik-beradik sahaja, namun Faiz menganggap lebih daripada itu.

Kenapa terburu-buru hendak melancarkan perkahwinan? Aku sudah trauma kerana tragis hitam itu masih belum padam. Ini perkahwinan aku yang kedua sedangkan Faiz yang pertama.

Aduhh…

Faiz, maafkan saya. 

Awak tetamu senja saya, yang sentiasa hadir saat pintu hati ini hampir tertutup.

“Sabda Rasulullah SAW : Ada tiga sifat yang bila dimiliki seseorang ia dapat merasakan kelazatan iman: 1) hendaknya Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari apapun selain keduanya; 2) hendaknya ia mencintai seseorang didasari kerana cinta kepada Allah; 3) hendaknya ia membenci kembali kepada kekufuran setelah Allah selamatkan, sebagaimana ia benci apabila dijebloskan ke neraka.” [ HR. Muttafaq A’laih ]"