// Coffee Donut!


Hello! Welcome. part of RDH & T4A.. hamba Allah yang bernama Syuhada a.k.a SINOSYU.nama pendeknya, chuu.. mata pena menjadi saksi perjuanganku. andai diri ini tiada lagi, biarkan sekelumit bingkisan ini menjadi tatapan buat perindu syahid sejati..


► شهداء
► My quotes
► اصدقاء
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
Owner : Sinosyu

Klik sini, banyak entry menanti | kembali ke entry sebelumnya
cerpen : pendakwah ohsem part 2
4 Jan 2015 | 4.1.15 | 0 Sweet Cupcake

Pendakwah Ohsem 2

Hasil carian imej untuk gambar kartun islamik


Karya : Siti Noor Syuhada

* * *

Deru angin membuatkan pohon kelapa melambai-lambai. Aku baru sahaja bangkit dari lena. Jam menunjukkan 1. 00 tengah hari. Pembetulan, baru bangun dari Qailullah.

Aku bergegas ke bilik air, menyiapkan diri supaya dapat hadir ke Masjid untuk solat Zuhur berjemaah. Hari ini aku ditugaskan menjadi bilal.  So, kena awal ke masjid. Bukan nak dapat pujian tapi sudah namanya tanggungjawab oii.

Cuma tinggal seminggu sahaja lagi baki cuti semester aku di rumah. Seperti melalui hari-hari yang sama sepanjang aku bercuti di rumah.

Aku berjalan kaki menuju ke masjid. Biar dapat pahala lebih. Lagi pula, masjid hanya terletak di tepi rumahku. Takkan nak naik kereta kott.. :p

Setibanya aku di masjid. Aku mengerling ke arah jam dinding. Masih berbaki 10 minit lagi untuk aku melaungkan azan.. Dengan rajinnya, aku menghamparkan sejadah buat para jemaah. Dalam hati terfikir,

“Bila tiba akhir zaman, masjid begitu banyak tersergam indah, tapi tidak banyak jemaah yang datang mengimarahkan masjid. “

“Seungguhnya, yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” [Surah At Taubah ayat ; 18 ]

“Hairie, rajinnya kamu! Jarang sekali Pak Usu tengok pemuda yang bagus macam kamu ni!!” gertak Pak Usu, AJK masjid di kampung ini.

Terkejut aku dibuatnya. Aku dengan tersipu-sipu menjawab,

“Eh, takdelah Pak Usu!! Saja isi masa lapang yang terluang.”

Penggera azan sudah berbunyi, aku meminta diri untuk melakukan tugasku.

“Biar Pak Usu je yang jadi bilal. Imam bertugas hari ini tak dapat datang. So, kamu ambil alih tugas imam ye.. “

Aku mula buat muka seposen. Nampak blurr. Bukan main semangat aku nak laungkan azan. Kenapa aku pulak yang kena ganti??

Nampaknya, kena jadi bidan terjun laa.. Eh, silap! Imam terjun. [simpulan bahasa diubah suai untuk kepentingan sendiri ]

* * *

Aku tersenyum sendirian apabila mendapat pesanan daripada Muhaimin. Dengan laju aku menaip,

“Aku pun sama. Beb, jom pergi pusing-pusing Agrotourism Resort. Boleh cuci mata.”

Titt

“Wei, nanti peninglah..”

Hahahaha

Aku tergelak sendirian. Ada-ada saja lawak Muhaimin yang tidak berasas.

“Rie, apa yang lucu sangat sampai kamu gelak tak ingat dunia?” Soal ibuku yang mungkin pelik dengan sikapku.

Kan dah kena!!!

Cuba jaga imej kamu. Orang kampung pandang baik terhadap kamu, jangan cemarkan perspektif orang lain.”

“Kenapa ibu tiba-tiba jadi serius ni??” tanyaku kerana hairan. Tidak pernah ibu berkelakuan seperti ini.

“Nanti, kamu itu akan jadi suami orang. Cubalah berperangai matang sikit.”

“Umur Rie baru 21 kot, muda lagi. Bukan Rie nak kahwin esok pun…”

“Rie, Pak Usu dah berkenan nak jodohkan kamu dengan anak dia, Hana. Dia kata kamu ni anak muda yang mulia akhlaknya, sopan santun, berbudi bahasa dan banyak lagi dia puji kamu. Dia nak tunangkan kamu dengan Hana sebelum Hana berangkat ke timur tengah. Katanya, biar ada ikatan dulu. Lepas kamu habis belajar, terus kahwin.”

“Apaaaaaaaaaaaa???????”

No way, kenapa aku?

Sejak peristiwa tersebut, aku dilanda kemurungan. Bukan aku tak suka apa yang diaturkan oleh pihak keluarga tapi mengapa terlalu cepat?. Aku belum bersedia lagi. Makan minum aku pun parents aku yang tanggung, inikan pula aku nak tanggung anak bini makan. Depa nak makan apa?

Pasir?

Batu?

Kertas?

Ilmu aku mana cukup nak bimbing dia. Dia lagi terror daripada aku sebab dia belajar luar negara. Aku nak jadi ketua keluarga macam mana?

* * *

Hujan masih renyai-renyai. Fikiran aku bercelaru. Aku masih memikirkan masalah yang dihadapi. Aku berlari ke bilik Muhaimin.

“Muhaimin, kau kena tolong aku!!! Aku ada masalah besar….” aku meluahkan isi hati yang tersirat.

“Tolong apa, Rie??”

“Aku akan bertunang tak lama lagi. Tapiiiii….” Belum sempat aku meneruskan kalam bicara, Muhaimin sudah mencelah,

“Tahniah bro, selamat mengakhiri zaman single kau!! Aku doakan agar kau bahagia hingga syurga.”

“Kau ni, aku tak habis cakap lagi,,” ujarku sambil mencebik.

“Go ahead, cakaplah..”

“Tapiii, aku tak tahu pilihan ini tepat atau tidak. “ aku menyambung kata.

“Kenapa kau kau tak tahu? Kau nak tunang dengan siapa? Bila?” Seribu persoalan yang dilontar oleh Muhaimin.

“Aku nak tunang dengan budak sekampung aku. Mungkin, hujung bulan ni kott.. Aku pun tak tahu. Family kitorang yang aturkan.”

“Kalau kau nak buat sesuatu pilihan, kau kena buat istikharah supaya dapat petunjuk.” Ujar Muhaimin.

“Dah buat, tapi tak mimpi pun.” Dengan lemah aku bersuara.

“Kekadang, petunjuk Allah bukan datang melalui mimpi je. Banyak cara. Erm, kau rasa kau berat yang mana?”

“Eric…..”

“Biar betul hang ni???”

“Betullah, takkan nak tipu kot. Kalau kau nak tahu, Eric dah berubah 100 % jadi Batrisya. Siap jadi ninja lagi. ”

“Kau yakin ke boleh cari dia balik?? Bukan ke kau dah lama tak contact dia??”

“Usaha tangga kejayaan. Hwaiting!!!!”  kataku sambil menggangkat tangan seperti bapa kemerdekaan ketika melaungkan kemerdekaan.

* * *
Malam mulai kelam. Semua manusia sedang lena diulit mimpi. Aku masih belum melelapkan mata. Aku pun tidak mengetahui puncanya. Oleh sebab aku tidak dapat memejamkan mata, lalu aku bingkas bangun. Dengan cahaya samar lampu tidur, aku menapak perlahan lahan ke meja belajar. Bimbang sekiranya roommate aku terjaga.

Aku membuka laci lalu mengambil diari yang kemas tersimpan. Aku membelek diari dengan tangkas. Tujuannya hanya satu iaitu mencari no. telefon Batrisya. Itulah, siapa suruh padam no. dia dalam henfon. Kan dah susah!!

Yeay,, jumpa!! Alhamdulillah.

Dengan pantas aku menulis pesanan,

“Assalamualaikum. Masih ingat aku?”

Titt

“Waalaikumussalam, ada apa Rie??” Batrisya membalas.

Wow, dia masih ingat aku!! Mesti dia simpan nombor aku. Haha

“Kau dah berpunya ke?” Tanyaku tanpa segan silu.

“Siapalah sanggup terima aku ni?!. aku ada kisah silam yang teruk.”

Peluang besar ni.. hehe

“Erm, kasi aku alamat rumah kau.”

“Nak buat apa?”

“Nak pergi merisik kau hujung minggu ni.”

* * *