// Coffee Donut!


Hello! Welcome. part of RDH & T4A.. hamba Allah yang bernama Syuhada a.k.a SINOSYU.nama pendeknya, chuu.. mata pena menjadi saksi perjuanganku. andai diri ini tiada lagi, biarkan sekelumit bingkisan ini menjadi tatapan buat perindu syahid sejati..


► شهداء
► My quotes
► اصدقاء
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
Owner : Sinosyu

Klik sini, banyak entry menanti | kembali ke entry sebelumnya
cerpen : saranghae itu apa??
4 Jan 2015 | 4.1.15 | 0 Sweet Cupcake

Saranghae itu apa??

Hasil carian imej untuk saranghaeyo hangulHasil carian imej untuk saranghaeyo hangul

Karya : Siti Noor Syuhada

* * *
“ni saenggage nae jeongma michigesseo?!!” Hannan menggetus sendirian. Marahnya semakin membuak-buak. Ingin sahaja dia menumbuk perempuan yang menumpahkan sos cili di pashminanya. Dia menyental kotoran yang terlekat pada pashminanya di sinki KFC. Mukanya masam mencuka. Tidak pasal-pasal mood yang secerah matahari tadi bertukar menjadi awan yang kelam.

Dia menggosok dadanya untuk menenangkan dirinya yang terpelosok dalam amarah. Dia tahu marah itu berpunca daripada syaitan. Cepat-cepat alunan istighfar laju menerjah di bibirnya. Tidak mahu mengikut jejak langkah syaitan.

“Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka.” [ surah Al Hajj ayat 4 ]

Untung sahaja dia sudah selesai menikmati hidangan di KFC. Pertempuran yang tidak diingini berlaku sebaik sahaja dia menuruni tangga untuk keluar dari tempat tersebut. Tiba-tiba, seorang wanita freehair dalam lingkungan 20-an yang membawa sedulang sajian untuk dinikmati terlanggar Hannan.

Hannan malas memikirkan kejadian yang telah berlaku. Menambahkan kesakitan hati yang tidak bisa tertanggung. Hanya sabaris perkataan yang terpacul daripada mulut perempuan itu.

Maaf…

Sekurang-kurangnya dia sudah meminta maaf. Memang susah hendak maafkan orang. Tapi, Hannan cuba melupakan kesilapan yang tidak sengaja dilakukan. Hannan pun pernah melakukan kesalahan dan kesilapan. Dia juga manusia. Terlalu banyak melakukan kesilapan.

Kesilapan memang menyakitkan tapi sebagaimana masa berlalu, ia memberikan kita pelajaran yang sangat bermakna dan untuk menempuhi hidup, kesilapan sememangnya selalu berlaku.

Hannan dan kawan baiknya, Alissa berjalan menuju ke kedai buku Banggol yang terletak beberapa meter dari KFC. Mahu menenangkan diri di samping buku-buku yang menambahkan ilmu pengetahuan. Dia merupakan graduan jurusan engineering. Tidak lama lagi dia akan bekerja di syarikat Petronas yang berpusat di Kerteh, Terengganu.

Hannan membelek-belek novel yang terpapar di kedai buku tersebut. Semuanya menarik. Tidak tahu untuk membeli yang mana satu. Rambang mata. Novelis Malaysia bertambah ramai. Ingin bersaing untuk merebut takhta novelis popular. Anak-anak muda juga terlibat dalam penghasilan novel. Memang berbakat besar. Namun, novelis kegemaran Hannan ialah Anis Ayuni. Beliau memang seorang penulis yang berkaliber.

Sedang ralit meninjau novel-novel, tiba-tiba matanya terpandang seorang lelaki. Alangkah terkejutnya Hannan apabila mendapati lelaki tersebut ialah Aliff Fauzi, cucu Tok Wan Hamid yang mengajar Hannan membaca Al-Quran ketika di bangku sekolah rendah.

Aliff Fauzi bekerja sebagai jurujual di kedai tersebut sementara menunggu tawaran bekerja sebagai pegawai bank. Lelaki itu yang telah membuatkan Hannan serik untuk jatuh cinta. Luahan hati Hannan ditolak mentah-mentah. Namun, itu kisah lama. Ketika itu, Hannan tidak tahu apa-apa tentang cinta. Masih budak mentah.

“Hannan, kau buat apa kat sini?” sapa Aliff.

“Oh, Annyeong! Aku bukannya nak jumpa kau?” ujar Hannan ringkas.

Aliff Fauzi masih tenang, walaupun kelihatan segaris kecewa di wajahnya. Kecewa dengan sikap Hannan yang tidak endah itu. Namun, dia tetap kuatkan diri mengeluarkan bait-bait yang tersirat di hati.

“Kenapa kau begitu membenci diri aku? Kau taknak aku jadi imam kau ke?”

“Kau tunggulah aku jadi jenazah, baru kau boleh jadi imam aku.” Hannan berseloroh.

Aliff tertegun. Tidak disangka Hannan masih membenci dirinya. Mungkin luka di hati Hannan masih belum sembuh. Dulu, ketika Hannan meluahkan perasaan kepadanya, dia  berkeras menolak sedaya mampu. Tidak mahu terbuai dalam cinta monyet. Sebenarnya, dia juga menaruh perasaan terhadap Hannan. Cuma, prioriti Aliff ketika itu adalah pelajaran. Perlu meletakkan ke tepi segala imbuhan yang tidak penting.

Remaja sekarang suka bercinta. Hati perempuan sungguh rapuh dan amat terkesan dengan janji manis si lelaki. Si lelaki pula sesuka hati membawa anak dara orang ke hulu mahupun ke hilir tanpa menghiraukan syariat agama. Inilah paradigma yang perlu diperbetulkan. Mahu tunggu musibah Allah datang menimpa seperti tsunami yang terjadi di Acheh pada tahun 2004?

“Rasulullah SAW bersabda: Tidak dibolehkan lelaki berdua-duaan dengan perempuan melainkan ada bersama-sama mahramnya (bapa atau keluarganya yang diharamkan berkahwin dengannya)” Hadis riwayat al Bukhari.

* * *
Suara lunak seperti Woohyun kumpulan INFINITE, raja twitter seperti Nikhun kumpulan 2PM. Muka innocent macam Hongki kumpulan FT ISLAND. Cute seperti Yoseob kumpulan BEAST.

Apa lagi ye..?

Hannan berkira-kira dalam mindanya. Dia menulis ciri-ciri lelaki idamannya.

Tiba-tiba pintu biliknya dikuak. Mamanya menghampiri Hannan lantas menghenyakkan punggungnya di atas kerusi empuk di meja belajar berdekatan katil. Hannan yang sedang meniarap cepat-cepat menutup bukunya lantas membetulkan kedudukannya. Mungkin ada hal penting yang perlu dibincangkan sampai ibunya memasuki biliknya.

“Hannan, mama nak tanya sikit boleh tak?” mama memulakan bicara.

“Boleh mama, ada apa sebenarnya?” Hannan berasa sangsi. Timbul tanda tanya dalam hatinya. Hatinya mengalunkan melodi yang kurang enak.

“Sebenarnya, ibu Aliff tanya mama. Kamu suka Aliff?? Sebab diorang nak ikatkan kamu dengan pertunangan. Mama sudah beritahu papa. Dia setuju. Lagi pula, Aliff itu budak bagus. Selalu jadi imam masjid. Memang susah nak cari pemuda yang terbaik seperti Aliff. Satu dalam seribu.” Mama berbicara panjang lebar. Sekaligus mem’promote’. Mahu juga mama bermenantukan Aliff.

“Dulu suka, sekarang tak.” Ringkas dan padat jawapan yang diberikan oleh Hannan.

Terkejut mama mendengarnya. Bagai mahu tercabut jantung mama. Lantas, lembut mama memujuk.

“Kamu tak perlu bagi jawapan sekarang. Ambillah masa seminggu dua, buat solat sunat istikharah. Mama tak mahu membebankan kamu. Kamu pun baru tamat universiti. Begitu juga dengan Aliff. Tak perlu terburu-buru. Kalau ada jodoh, tak ke mana. Fikirkan yang terbaik ye. “ mama meninggalkan Hannan.

“Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan, dan sememangnya manusia itu (bertabiat) terburu-buru.” [ surah Al-Israa’ ayat 11 ]

Terpinga-pinga Hannan mencari maksud di sebalik semua ini.

Aigoo..

Kenapa baru sekarang Aliff muncul dalam hidupnya? Kembali menagih cinta yang sudah lama terkubur. Pintu hatinya tertutup rapat. Masih belum menjumpai kunci yang sepadan untuk membuka pintu yang terkatup rapat. Bukan sekadar tertutup, malah telahpun berkarat. Perlukan orang yang sanggup menyental semua karat itu.

Gwenchana. Hannan akan mencuba. Dia juga masih menyimpan sekelumit perasaan cinta yang belum padam.  Egonya yang terlalu tinggi membuatkan Hannan susah untuk menerima Aliff semula. Namun, dia tidak menyangka Aliff berusaha sedaya upaya merebut hatinya untuk dijadikan pasangan hidup.

Oppa, saranghae..

Hannan melukiskan sekuntum senyuman.

* * * 
Dari perkarangan rumah Hannan, jelas kedengaran bisikan syahdu suara Aliff Fauzi membacakan ayat suci Al Quran semasa solat subuh berjemaah di Masjid Widuri. Begitu lunak sekali. Mengalahkan suara Woohyun yang sedang menyanyi di atas stage ketika comeback. Aliff merupakan lepasan MTAQ, Pulau Chondong, Kelantan. Tidak anehlah jika dia sering diundang untuk menjadi imam. Kadang, dia membaca khutbah ketika hari raya.

Aliff Fauzi sememangnya menjadi igauan setiap sang dara di kampung itu. Hannan beruntung kerana Aliff memilih dirinya untuk dijadikan isteri. Mungkin sedikit susah untuk menerima kerana Hannan pernah ditolak hasratnya yang seputih kanvas.

Saranghae tidak perlu dituturkan beribu kali. Maksudnya begitu mendalam. Jauh terperosok di dalam kalbu. Menyingkap kata-kata yang menyeksakan. Mencengkam jiwa dan sanubari. Sesak nafas. Tidak bisa berbicara.

Hannan tidak memerlukan lelaki seperti penyanyi Korea. Dia sudah ada ciri-ciri yang terbaik.

“Tinggi imannya, hensem akhlaknya, tegap akidahnya, superb ibadatnya, cool kesabarannya, putih hatinya, pemalu kepada dosanya, gagah melawan nafsunya.”

Hajima haji haji hajima

Kkochyanggiga nayo eodiseo nanayo yeogin kkochi eomneunde, geudaebakke eomneude. Gibuni johayo maeumi pyeonhaejyeoyo. Gyesok hareul geureoke ppanhi chyeodabwajwoyo, ireon nacheorem. Amureon maldo hagi sirhdeon nawa. Nareul tteonado amureohchi anheul geot gatdeon. Geu pyojeong byeonhaebeorin maltuui neo.

Aresseo??

Daebakk..

Saranghaeyo ??

Aku cinta kamu..

Sarang, sarang, sarang..

Tidak boleh diucap sesuka hati.

Walaubagaimanapun, cinta Allah dan Rasul perlu diutamakan.

Hasil carian imej untuk saranghaeyo hangul
Saranghae Allah and Rasulullah.