// Coffee Donut!


Hello! Welcome. part of RDH & T4A.. hamba Allah yang bernama Syuhada a.k.a SINOSYU.nama pendeknya, chuu.. mata pena menjadi saksi perjuanganku. andai diri ini tiada lagi, biarkan sekelumit bingkisan ini menjadi tatapan buat perindu syahid sejati..


► شهداء
► My quotes
► اصدقاء
► My Diary






Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Wani | WHI | C4U | Una
Owner : Sinosyu

Klik sini, banyak entry menanti
cerpen : pendakwah ohsem part 1
30 Apr 2015 | 30.4.15 | 0 Sweet Cupcake

Pendakwah Ohsem??

                  Hasil carian imej untuk pendakwah islam       Hasil carian imej untuk pendakwah islam

Karya original : Siti Noor Syuhada Mohd Noor

* * *
Bukan senang untuk menjadi hamba yang setia kepada Dia. Lebih-lebih lagi dunia sekarang terlalu banyak benda yang boleh melalaikan. Jika mahu senaraikan kesemuanya, memang panjang lebar. Tak lepas tangan. Bagaimana dengan aku? Aku hanya seorang remaja biasa. Masih menyambung pengajian di peringkat diploma. Aku tidak mampu mengubah dunia.

Hanya dengan sentuhan jari jemari di papan kekunci komputer riba, belum tentu mampu menyedarkan umat Islam yang tergelincir dalam dunia mereka tersendiri. Paling kurang, aku ada usaha untuk memulihkan keadaan. Keberhasilan itu terletak atas kuasa Allah Taala.

Kerja dakwah bukan mudah. Golongan pemuda seperti kamilah yang membawa logo agama. Imej islam terpancar daripada kami. Sekiranya kami sendiri yang berlakuan endah tidak endah, anak-anak muda sendiri bakal menyatakan berupa sedimikian,

Ala.. ustaz, budak sekolah agama pun sama. Jadi, kitorang ikut je lah.”

“Kenapa nak persoalkan? Perangai ustaz lebih teruk daripada kami!”

Banyak lagi contoh yang tidak dikemukakan.

Persoalannya, ke mana golongan agamawan pergi? Kenapa tidak membantu ummat yang sedang melarat? Barah level 10. Siapa yang mampu tolong? Apa sumbangan kita terhadap agama Allah? Bila lagi nak berjuang?

Beribu soalan kulontarkan di dalam hati. Membentak kalbu. Menikam sanubari. Tiada siapa yang mampu dengar apatah lagi menjawab soalan yang membuatkan diriku celaru. Aku dipandu perasaan pilu. Diri mulai tidak keruan. Menantikan jawapan yang tidak akan terjawab.

Aku memandang kosong laptop yang terletak di atas meja di hadapanku. Buntu. Pelik pun ada juga. Kerja mendakwah boleh digiatkan melalui pelbagai bidang. Sebagai contoh, seorang doktor boleh berdakwah kepada pesakitnya. Seorang peniaga berdakwah kepada pelanggannya. Seorang guru boleh berdakwah kepada para pelajarnya.

Bagaimana dengan aku? Aku hanya menjalankan kegiatan dakwah melalui bidang penulisan. Ya.. aku mahu meneruskan semangat para ulama’ Islam yang menyebarkan dakwahnya melalui mata pena. Mengarang beratus-ratus kitab untuk kita, tinggalan ummat nabi Muhammad.

* * * 
Aku termenung. Melihat pemandangan kediaman kolej Aminuddin Baki. Sungguh indah ciptaan Allah. Rama-rama yang bewarna-warni terbang bebas dan hinggap pada bunga yang tumbuh mekar mewangi. Alangkah, seronoknya jadi rama-rama. Terbang bebas tanpa harus memikirkan masalah yang melanda. Tidak perlu dtimbang amalan di padang masyar kelak. Tapi, mereka tiada akal fikiran. Itulah yang membezakan manusia dengan haiwan.

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). [ Surah At-Tin ayat 4 ]”

Tengok!!

Bersyukurlah jadi manusia. Memang susah nak cari manusia yang bersyukur. Bukan semua tak bersyukur, tapi segelintir sahaja yang tahu bersyukur.

Jom, aku kongsikan tips mudah untuk jadikan diri tenggelam dalam lautan kesyukuran.

Lihatlah, orang yang berkedudukan di bawah, bukan yang berada di atas.

Lain pula kalau dalam konteks amalan. Yang itu kena tengok orang yang berada di atas supaya diri kita selalu nak tingkatkan bekalan amalan untuk dibawa balik ke kampung akhirat. So, dunia ini hanya perjalanan yang singkat. Tiada masa nak enjoy. Kalau nak enjoy sangat, tunggu di syurga nanti. Masa itu, enjoylah puas-puas bagai nak rak. Tiada siapa nak halang.

Bitt!!

Telefon bergetar. Memecahkan lamunan. Aku menekan nombor tiga sebanyak empat kali sebagai kata laluan untuk terjah ke dalam telefon. Biar tiada siapa yang boleh bermain telefonku sesuka hati. Aku tidak suka orang yang main terjah tanpa minta izin. Bukan cerewet. Tapi itukan privasi aku. Takkan nak kongsi kot.. huarghh…. T_T. tutup muka dengan handkerchief.

“Oit, macam mana dengan semester baru? Share sikit dengan aku.”

Tertera pesanan baru dihantar oleh Eric a.k.a  Batrisha. Gadis berusia 20 tahun. Sebaya denganku. Lagaknya seperti lelaki. Percaya bulat-bulat. Sempat bersalam. Arghh.. menyesal beb.. *__0… {menangis tak berlagu}

Rupa-rupanya perempuan. Perkenalan kami bermula di café kopitiam di Bandar baru Bangi. Dia tertumpahkan kopi di baju aku. Habis kotor. Timbul juga rasa nak marah sedikit sebab aku nak pergi kuliah Dhuha di masjid pulak. Tapi, aku siramkan hati yang membara ini dengan salju istighfar.

Fuhh, pakaian dia memang mantap bro!! Rambut ala-ala mamat korea yang berlakon cerita you are surrounded, Eun Dae Go. Berseluar jeans hitam. Baju t-shirt colour brown. Jam g-shock tersarung di tangan kiri. Kasut sneaker merah. Kalau aku perempuan, memang melting. Dia hulurkan tangan nak salam. Tanda minta maaf. Aku yang tak perasan sebenarnya dia perempuan menyambut huluran dengan ramah. Tidak mahu mengeruhkan suasana.

So, kami pun berkenalan. Aku ajak dia pergi masjid sekali tapi dia berkeras menolak. Aku pun berkeras memujuk, namun hampa. Dia tetap menolak. Jadi, aku tanya dia kenapa tak mau ikut..

Terkejut, tersentak, tertegun dan macam-macam ter lagi apabila mendengar jawapan dia,

“Aku period. Tak boleh pergi masjid.”

Kantoii.. Tomboy .. Mati-matian aku ingat kami boleh jadi kawan baik. Rupanya, hampehh saja.

Aku tak pernah ada kes macam ini. So, aku rujuk kawan aku yang lebih arif. Mahu cari penyelesaiannya. Ohh, kami juga saling bertukar nombor telefon. Supaya mudah berinteraksi dalam urusan dakwah. Kalau tomboy, aku jamin yang dia tak mungkin jatuh hati dengan orang sekacak dan sealim aku.. cehh,, poyo.. ^p^ macam nak bagi penampar.

Suatu hari, ketika aku keluar hang out dengan kawan aku, Muhaimin. Aku tanya dia tentang masalah yang aku hadapi.

“bro, aku ada kawan, tomboy. Aku tak tahu nak berinteraksi dengan dia. Macam mana aku nak buat dia berubah?”

“Rie, tomboy sebenarnya seorang perempuan yang sangat rapuh hatinya. Sebab itu, dia tukar watak jadi seorang lelaki. Dia buat topeng supaya dia nampak kuat, sedangkan dia sangat lemah, mudah sensitive. Terpaksa menahan sakit tiap-tiap bulan. Hanya Allah yang tahu betapa tabahnya dia hadapi semua itu. Dia perempuan. So, hati-hati. Jangan sampai dia menaruh hati terhadap kau.

Walaupun dia tomboy, tapi secara fitrah dia tetap perempuan. Dia akan kembali kepada fitrah asal. Allah dah ciptakan dia sebagai perempuan. Dia punya hati nurani. Aku rasa tak perlu kau perah otak bagai nak rak supaya dia berubah. Mungkin dia akan berubah suatu hari nanti setelah hatinya menerima petunjuk hidayah daripada Allah.

Kau doakanlah yang terbaik untuk dia. Bagi dia nasihat selagi kau mampu. Mungkin kau adalah wasilah buat dirinya yang dihantar oleh Allah. Dakwah ini sebenarnya banyak cara. Mediumnya sangat luas.”

Muhaimin memberi penerangan sebaik mungkin. Aku mendengar kalam bicaranya dengan penuh perhatian. Kosentrasi. Terasa lapang dada. Segala yang bersarang di benak fikiran kini telah terhapus. Alhamdulillah. $_$ {tepuk tangan sambil bersorak}

* * *
Mesej dari Eric petang tadi disapa bagai angin yang berlalu. Mood sedang buat hal. Kesian Eric, kena jadi tempias. Terkadang pelik juga kenapa nama cantik-cantik ditukar menjadi Eric. Aku dengan selamba bertanya. Hmmmm.. aku kan. #___# {sambil buat gaya :letak tangan kat bahu, mata ke atas.haha}

Oww.. baru aku tahu.. Dia fanatic dengan Eric Nam, mamat korea yang tengah cari publisiti di laman youtube melalui cover lagu-lagu famous. Kalau eric nam happy buat kerja macam itu, just go ahead.

Susah apabila melibatkan dengan lawan gender. Walaupun dia tomboy, tapi dia tetap perempuan.

Aku tak tau dari mana nak mulakan. Segan nak beritahu Eric. Perasaan malu memang tak boleh dipisahkan. Gelabah semacam saja. Seram sejuk rasanya. Seriau pun ada. Semuanya bergaul menjadi satu. Memang kimchi terbaiklahh. @___@ {menggigil macam dekat gunung everest sejuknya}

p/s : Abaikan lawak bodoh aku yang tak berguna itu. Saja selitkan sikit. Haha

Duniaku dakwahku. x_x  macam program reality pencetus ummah lah pulak, well, no hal bro.

Aku selalu cuba menjadi pendakwah terbaik. Yang mana dikatakan pendakwah ohsem adalah seseorang yang sanggup terjun ke dalam golongan masyarakat yang bermasalah dan mampu menangani masalah tersebut. Title ‘pendakwah ohsem’ bukan milikku. Cubalah tengok, masalah dengan sorang tomboy pun tidak boleh selesai. Macam mana mahu terjun ke dalam masalah ummah.

Aku menggagahkan diri membalas pesanan Eric. Satu persatu aku menaip dengan teragak-agak,

“macam biasa, tak ade yang best. assignment bertimbun. Macam bukit. Hehe. J

Tak mampu nak bagi tahu yang terbuku di hati. Diri masih tak kuat. Oh Tuhan, ampuni aku.

Bit!!

“Tak sangka kau ni memang baik. Nice to meet you.”

Laju Eric membalas. Seperti memang sedang menunggu aku membalas. Aku tidak mengerti di sebalik ayat Eric. Ahh,, lantaklah. Oh, ini mungkin peluang aku agar memberi teguran dengan berhemah.

“Tak perlu jadi orang lain. Hanya jadi Batrisha. Aku lebih suka kalau kau jadi Batrisha, bukannya Eric. Allah sudah tentukan yang terbaik.”

Akhirnya, tersampai jua hasrat hati menyatakan hal yang sedemikian. Lega. Fuhh $_$ { sambil kesat pelut di dahi}

“Aku tunggu orang macam kau untuk bimbing aku. Bantu aku kembali ke jalan yang benar. Boleh??”

Apa? Apa aku nak buat? Tolong jangan cakap yang kau suka aku!! Argghh.. *_* tutup muka dengan bantal.

Aku tak boleh tersangkut dengan cinta manusia. Dunia dakwah masih panjang. Cintaku hanya untuk Allah, Rasul dan yang halal sahaja. Cinta ini sangat eksklusif. Limited edition.

Ehhh.. syok sendiri lah pulak. Si Batrisha does’t confess anymore. Jap,, tapi peliklah. Kenapa suruh aku bimbing dia sedangkan ramai lagi kawan-kawan dia yang boleh bantu dia?

Dan,, soalan buatku, mana yang lebih baik antara ilmu tak seberapa banyak tapi bimbing perempuan yang belum tentu jadi isteri atau cari ilmu banyak-banyak dan bimbing perempuan yang sah bergelar isteri??

Ahh,, tidak mahu kekeliruan menghantui perasaan. Aku berlari ke bilik Muhaimin bagi mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.

Sesampainya aku di bilik Muhaimin, nafasku tercungap-cungap. Si Muhaimin membuat muka pelik melihatkan keadaanku seraya berkata,

“Hairie, kau ni dah kenapa? Baru lepas jumpa hantu ke?”

“Aaakuu aadaa masalahh bro,” balasku dengan kondisi yang sangat letih setelah berlari dengan pantas untuk sampai ke bilik Muhaimin.

“Bertenang Rie, nak aku bancuhkan kau kopi?” si Muhaimin ini selalu sahaja memberi layanan yang baik kepada sesiapa saja yang berkunjung ke biliknya. Ini yang membuatkan aku senang bersahabat dengannya. Susah senang selalu bersama. Tak pernah renggang. Ibarat dakwat dengan kertas. Saling melengkapi. Ishh, banyak sangat cerita tentang Muhaimin, nanti poyo pulak mamat itu. @_@.. mulut muncung. Mata pejam.

Aku dengan bersungguh-sungguh menceritakan apa yang sudah terjadi kepada Muhaimin. Siap tunjuk pesanan aku dengan Eric di telefon lagi. Seperti seorang saksi yang melaporkan kejadian sebenar kepada pihak polis.

Muhaimin sedang ligat memikirkan jalan penyelesaian terbaik sambil menongkat dagu. Gayanya macam seorang pendakwa raya. Kelakar pula aku tengok. Tapi terpaksa menahan ketawa. Takkan sempat lagi mahu ketawa ketika masalah besar sedang melanda kot. Matanglah sedikit.

“Ya.. aku ada satu idea,” Muhaimin bersuara sambil memetik jari. Macam ada mentol yang menyala di tepi kepala Muhaimin. Ishh,, tak adalah sampai macam itu sekali. Hiperbola level high. Saja aku buat analogi sedikit. Hehe. Ilham dianugerahkan oleh Allah telah tercetus.

Muhaimin menyambung kalamnya,

“Aku rasa si Eric ini dah sukakan kau. Kau tak ingat ke pesan aku supaya jangan buat dia menaruh hati terhadap kau? Walaupun kat alam maya sekalipun, ikhtilat tetap kena jaga. Kau dah silap besar sebab put smiley on your message.

Hati dia berbunga-bunga sebab kau bagi smiley. Perempuan ini memang tak boleh dijangka. Sukar ditafsirkan. Susah digambarkan. Kau jangan main-main apabila melibatkan soal hati dan perasaan. Kalau kau tak ada niat nak kahwini dia, jangan bagi harapan yang menggunung. Mungkin kau tiada apa-apa perasaan ketika membalas mesejnya. Tapi, si dia sedang berdegup kencang jantung seperti ingin melompat keluar apabila mendapat balasan daripada kau. Kononnya, cinta dia dah terbalas. .

Rie, kau faham maksud aku kan?”

Aku sedang mengelamun jauh. Sampai di seoulkorea agaknya. Oh ye, memang aku khilaf. Aku khilaf…

“Muhaimin, habis tu aku kena buat macam mana?”

“Rie, kau sepatutnya tak ber’sms’ dengan dia kalau tak ada hal yang penting. Banyak lagi kerja dakwah yang perlu dibuat. Tak mati pun kalau kau tak balas sms dia.”

“Kalau aku tak balas sms dia terus, kira kejam sangat.”

“mana lagi kejam bila kau dah buat dia sukakan kau, lepas itu, kau tinggalkan dia? Jual mahallah sikit. Kita lelaki sejati. Tak perlu nak terbuai dalam cinta sebelum nikah. Saidatina Khadijah pun melamar nabi kita guna orang tengah.! Kau boleh cakap perkara yang sebetulnya kepada dia. Cakap yang kau tak boleh ber’sms’ kalau tak ada perkara penting. Allah tak suka. Dan, aku rasa kau tak perlu bimbing dia.

Atau kau dah mula suka padanya?” nah, soalan cepumas keluar dari bibir Muhaimin!! Bagai nak berhenti jantung ini dari mengepam darah ke seluruh badan. Muka aku dah rasa panas tetiba saja.

Aku tidak mampu menjawab. Kubiarkan soalan itu disambut angin berlalu. Di hati ini hanya Tuhan yang tahu. Secret.. *_* tak perlu tahu.

“Macam ini lah Rie. Kita sebagai manusia memang sering diuji. Perempuan yang freehair diuji dengan rasa nak dedahkan aurat 24 jam. Lelaki yang cetek ilmu agama diuji dengan kerakusan nafsu durjana. Perempuan yang bertudung labuh, dah banyak belajar tentang agama, tetap diuji juga dengan menjadi k-pop fans. Setiap hari menghadap laptop, tengok drama korea. Menyanyi lagu korea. Lelaki yang baik akhlaknya, walaupun tak berminat dengan perempuan freehair or yang suka dedah aurat, masih tak boleh kawal diri bila berjumpa dengan perempuan yang bertudung labuh atau berpurdah.

Pilihan terletak di tangan kau. Just make your decision correctly.”

Kami bersembang hingga ke larut malam. Membahaskan isu penting. Ya.. aku happy sebab dapat jumpa dengan ‘ustadz kontemporari’ a.k.a Muhaimin Ajmal. Dia dah banyak tolong aku. Terima kasih sahabat.

* * * 
Rasanya sudah hampir setahun aku tidak mendengar khabar berita dari Eric. Entah macam mana keadaannya sekarang, aku pun tidak pasti. Tapi, aku tetap berharap agar dia kembali kepada fitrah yang sebenar. Selepas aku bagitahu dia, hmm lebih kurang macam inilah bunyinya,”Batrisya, aku tidak boleh bimbing kau. Aku tak layak. Kita tak perlu berhubung lagi selepas ini. Tidak ada perkara penting yang ingin dikupaskan,” dia terus sahaja menyepi. Aku tidak tahu sama ada dia faham atau tak, apa yang cuba aku sampaikan.

Whateverlah. Hari ini aku nak balik kampung. So kena balik dengan bas. Cuti semester sudah bermula. Yeay.. tak sabar nak jumpa ibu dan adik-adik. Dari jauh kedengaran seperti seseorang memanggil namaku. Aku mencari-cari arah datangnya suara itu, masih tidak menemui. Ahh lantaklah. Mungkin aku saja yang perasan dan syok sendiri. Aku pun meneruskan aktiviti aku yang tergendala sementara menunggu bas sampai. Aktiviti apa? Hmm, baca surat cinta daripada kekasih agung a.k.a Al Quranul Kareem. $_$ bukan nak berbangga tapi hakikat yang sebenar. Huhu

Tiba-tiba ada seorang ninja datang menghampiriku lantas mengucapkan salam.

“Assalamualaikum, Hairie.”

Aku mendongak. Tergagap-gagap aku menjawab salam. Terkejut pun ada. Sejak bila ninja ini tahu nama aku? Setahu aku, tidak pernah aku berkenalan dengan mana-mana ninja.

“Kau dah tak ingat aku ke Rie?” ujar ninja itu.

Sejak bila aku kenal dia? Aku menggelengkan kepala. Aku memang tidak ingat bahkan tidak tahu siapa dia.

“Aku Batrisha. Eric yang kau kenal dulu. Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku dan bagi inspirasi untuk aku. Kalau aku tak jumpa dengan kau, mustahil aku berubah sampai macam ini. Kau memang pendakwah ohsem yang terbaik.”

“Ya Allah.. betul ke ni? Erm, kau berubah bukan disebabkan aku, tapi Allah yang dah bukakan pintu hati kau. Aku cuma membantu apa yang patut saja.”

Memang sukar untuk percaya. Seperti mimpi saja. #__#  {tampar pipi berkali-kali}

Daripada seorang tomboy, dia berubah menjadi ninja. Ninja?? Apa itu? Aku maksudkan niqabis. Alahh, sama je!!

Purdah yang menutupi wajahnya bakal membuatkan dia sebagai seorang perempuan yang dirindui syurga, in shaa Allah.

“Berkat Tuhan yang jika Ia kehendaki tentulah Ia akan mengadakan untukmu (di dunia ini) sesuatu yang lebih baik dari apa yang mereka katakan itu, iaitu syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta mengadakan untukmu istana-istana (yang tersergam indah). “[surah furqan ayat 10]

Alhamdulillah..

Perbualan kami terhenti di situ. Bas yang aku tunggu sudah sampai. Say bye-bye. Haaa

Dari dalam bas aku melihat Batrisha dengan sayu. Kenapa tiba-tiba rasa macam sedih nak tinggalkan dia? Kolam mata tetiba rasa panas seakan-akan mahu pecah. Perasaan sebak menyelubungi diri ini. Adakah hati ini sudah terpaut dengannya? Ehh, tak tak boleh, tak boleh!!

Mission is complete. Ya.. dia mungkin akan berjumpa dengan orang yang lebih baik daripadaku. Lebih ohsem. Lebih kaya, lebih bijak dan macam-macam lebihnya.

Pendakwah ohsem?? Layakkah aku menerima title itu??